03 January 2017

Madinah Part 2

9/12/2016 ( Jumaat)
Harini ustaz nak bawa kami menziarah sekitar masjid nabawi & ke pasar kurma. Banyak tempat2 yang tak kami ketahui. Ustaz menerangkan dengan details pada zaman dulu.. Jalan kaki mengelilingi masjid..fuhhh memang dah tak larat masa ni. Sebab pagi nya ustaz nk bawa kami ke pasar kurma tapi salah pintu. Penat tak ilang sambung lagi petang. Pinggang da sakit, kaki dah tak larat. Memang lain macam sakitnya. Demam pun ala2 nak datang aja masa ni.
Magrib, kami bersolat di persekitaran masjid je sbb taksempat.. gara2 bersoping kurma dan kekacang..asar ke magrib sngt singkat masa. Tu yg terpaksa solat diluar bersama bekalan kotak kurma kami.hehe..
Tempat solat antar lelaki dan wanita dipisahkan..so kami deal utk jmpe di pintu 17 sahaja slps solat mgrib sblm balik ke hotel.
Selepas isyak, kami baru nak membeli buahtangan utk anak2 dan adik beradik.baru berkejar2.beli bawah hotel aje senang.dan laluan kedai nak ke masjid aja.
Husband mmg tugas hakiki packing barang. Sy da melepek. Rupanya demam dah datang. Cuaca di madinah sejuk. Tu yang badan pun dah tak larat. Demam on off masa nak dtg mekah, madinah & nak balik.  Sy tak larat, husbang pack2 barang. Sebelum tdo, husband bgtau dia nak ke masjid selepas pack barang. Sy pun kata ok pastu tdo lepas mkn ubat.
Kul 2 lebih bangun ingt nak qiamulai. Malam terakhir di bumi Madinah.bangun2 tengok husband takde. Dia ke masjid la tu. Sy pun mandi bersiap nak ke masjid…sedang elok nak buka pintu husband pun balik..aikk.. dia balik sambil kata sejuk2.. terus selibung dalam selimut..sy pun eh, nk g toilet dlu la..nak wuduk.sejuk2 ni.. rupanya ada hikmah. Rupanya sy period.. patutla sakit2 pinggang masa nak g pasar Kurma..ermm ruginya malam2 terakhir tak dapat qiamulai..nak datang lagi..nak datang lagi….hati berbisik..

10/12/2012 (sabtu)
Pagi ni kami sempat sopingk sikit2 terutama tang makanan. Nak perabih duit riyal yang ada. Kami makan sandwich..duduk minum teh dengan udara yang sejuk.. menggigil2 bila ditiup angin. Hehee.. sebelum bertolak ke Airport, ustaz membawa kami utk menziarah Nabi buat kali terakhir kami di bumi Madinah..
Flight malam tu.. Fuh.. masa ni da mula ingatkan anak2..tak sabar nak sampai nak tengok wajah anak2. Bila balik dlm flight tak terasa pulak lama. Pejam celik makan, pejam celik makan..tup2 eh dah nak sampai.. berkobar2..alhamdulillah.selamat perjalanan kami pergi dan balik. Semuga kami mendapat umrah yang mambrur.kami sampai jam 3 ptg… selesai urusan bag dan air zam2..sebelum berpisah, kami berdoa dan bersalam2 an lagi..
Masa ni anak2 lelaki dan kakak ipar ku dah menunggu di luar. Lepas je tolak laugage..tengok anak2 depan pintu rilek je bila tngk kami. Haishh kita ni dah tak sabar nak peluk depa…depa control macho pulak.hehee…
ALhamulillah.perjalananan kami umrah kami… urusan kami Allah permudahkan segalanya..
Allah memberikan kami keistimewaan sebagai hambanya…Syukur Alhamdulillah..


Next sy akan ceritakan detik manis sy sbg tetamu Allah dan juga tips2 Umrah..

No comments:

Post a Comment