7/12/2016 (Rabu)
Selepas zuhur kami melakukan Tawaf Wadak sebelum bertolak ke
Madinah. Allahu.. sangat sedih..sebak..taksanggup berpisah..selepas berdoa
airmata laju mengalir..sewaktu berjalan sambil menoleh kaabah..sebak lagi..menitik
lagi.. Ya Allah, jemputlah kami ke sini lagi.. utk beribadat semata2 keranaMu.
Siap loading barang kedalam perut bas, diteruskan perjalanan
kami ke Madinah. Perjalanan selama 6 jam. Masa ni aku sempat melihat ciptaan
Allah. Gurun pasir yang gersang yang sangat cantik. Masa ni slps asar. Sngt cantikkkk
.saujana mata memandang.Orang lain aku sy rasa kebanyakkanya sedang tidur.
Kami berhenti hentian,utk solat asar,magrib dan makan…
sampai di Madinah, hotel kami Hotel Concorde. 3 lapis juga dr pintu masjid. Tapi
masih lg dekat sebab laluannya mendatar.sampai jam 11 malam. Slps masukkan bag
ke bilik, membersihkan diri kami menziarahi Rasullullah… Balik semula ke hotel
utkmerehatkan diri.
8/12/2016 (Khamis)
Kami menzirahi di sekitar Bandar Madinah
-Masjid Quba~ sesiapa berwuduk dr rumah dan bersolat
dimasjid Quba medapat pahala umrah.
-Masjid Tujuh
-Bukit Uhud
-Ladang kurma
-Bukit Magnet.
Malamnya, kami berpeluang ke Raudah. MasyaAllah.. masa ni
diuji lagi.. Betul ustazah kata, masa ni kita jangan bertolak2 tapi kita
bertahan. Sebaik nk masuk ke Raudah, dapatla saya bersolat didalamnya. Betul2
ditepi mimbar Nabi. Berjuraian lagi airmata ni.
No comments:
Post a Comment