Bila Ramadhan ni, otak berlegar-legar fikir nak masak apa. Semalam husband request nak makan lontong. Orang jawa kata masak lodeh, melayu panggil lontong..Hidangan wajib raya org jawa kot...kalau salah maap yek....
Dengan penuh ketulusan keihklasan maaf zahir batin..sy pun punyala semangat nak masak tau. Actually husband sy ni bukanla seorang yg pemakan.. kalau makan nasi tu sesenduk je.. masak la 4/5 lauk..disentuh 1 lauk je.. paling kuat pun 2 lauk.. tu da cukup bagi dia..
So, bila dia request nak makan lodeh hati mak pun dengan girang... dengan harapan dia makan penuh selera gamaknya...hehe
Lepas sahur saya da masakkan nasi impit.. kacang pun dah goreng malam tadi,lepas kerja nanti sambung pulak masak lodeh & kuah kacang nya..masa itu emas.heheee
Sebelum masak, recall balik resepi-resepi kuah kacang. Masa arwah abah ipar sy ada ajar resepi kuah kacang untuk satay tapi lupa pulak. mana ntah dicampakkan resepi tu. serius.. resepi satay juga entah dimana.. nanti dah jumpa sy share ye. mudah2an resepi tu dipanjangkan sedekah dirinya bagi ilmu yang bermanfaat buat semua...
Arini saya gogel. sy ni memang peminat Azie Kitchen http://aziejaya.blogspot.my. memang selalu follow resepi kak azie yang tak kedekut ilmu ni..apa2 mesti sy klik blog kak Azie.. Tq kak share ilmu masakan buat semua...
Now sy tepek resepi Kuah Kacang Yang Sangat Sedap ni....
Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
1 ekor ayam/daging - ayam digril seketika/daging direbus
1/2 kg kacang tanah - goreng dan blend kasar
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam
3/4 cawan minyak mazola
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar
Cara cara:
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sederhana. Jangan kisar terlalu hancur.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing.
Masukkan ayam yang digril atau jika daging, direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan terus dimasak dengan api perlahan supaya kuah kacang tahan lama. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.
Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.
Nota:
Boleh masukkan dalam bekas berrtutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.
No comments:
Post a Comment