3/12/2016 (Sabtu)
Dalam 3 pagi sy da turun ke lobi utk menunggu suami ke
masjid. Jumpa makcik saminah di lobi.
Dia pun nak ke masjid waktu ni bersama kawannya. Terus salam makcik. Berjuraian
lagi air mata kami.. tiada kata2..hanya airmata…
Lepastu diceritakan sedikit bagaimana arwah meninggal
sebelum kami berpisah ke masjid.
Pagi ni program bersama agensi. Jam 8 pagi. Kami akan ke Gua
Thur ( Tempat Persembunyian Nabi ketika Hijrah), Gua Hira (tempat turunnya
wahyu pertama) . Tingginya..inila bukit yang dipanjat jemaah muda malam tadi…Dibawa
ke Manasik Hajj seperti Arafah, Muzdalifah Mina dan Jamrah.
Selepas tu kami ke Masjid di Ja’ranah utk Niat Umrah di
Miqat kali ke 2.Masjid disini kecik je. Kebetulan katanya air tiada waktu ni. Nak
ambil wuduk dekat ngan toilet bukan di seblah masjid. So kami berwuduk gunakan
spray & air yang ada. Nak masuk pintu masjid bahagian wanita pulak
bersesak2an.bertolak2 an. Masa ni mmg menguji kekuataan. Mengalahkan waktu
tawaf berhimpit2.. Ada adik India muda..dr belakang boleh mencelah tepi sy
berdiri yg sedang berhimpit2 dengan org lain.ingtkan dia sorang,sy pun bagi
laluan.rupanya tangan dia kat belakang menarik nenek/maknye dibelakang. Kami yang
depan ni dah tersenget2 segala. Last dia naik kepintu masjid dulu sambil tangan
menarik neneknya. Habes, kita ni tak naik2 lagi dok menahan dari jatuh. Sy pun
suruh dia lepaskan tangan neneknya..dia taknak. Sy terus nada tinggi ckp ‘no’…no..
baru dia lepaskan. Dia dah naik atas, sy sambung pegang tangan neneknya.. pun
tak lepas sbb org lain dah mula tolak2 nak naik juga. Sy pun pegang tangan
nenek tu suruh dia berpaut pada jenang pintu. Lepastu solat je terus. Masa nak keluar masjid. Nampak
adik India tu ngan nenek dia ngah duduk mengadap. Adik tu pandang sinis je tak
puas ati agaknye.hehe maaf ye yunk…
Lepas tu kami berniat bersama2 di dalam bas. Masa ni ustad Khalid
xde. Menguruskan jenazah… Yang mengganti ustaz Zaidin selaki mutawwif kami kali
ni.
Sampai di Masjidilharam, kali ni kami bertawaf di dataran
berhampiran kaabah. MasyaAllah.. dekatnya.. Waktu bertawaf, tak pernah tak
menitis air mata…Sambil berdoa..sambil menitik air mata.. selepas tawaf, ustaz suruh kami solat sunat
tawaf di belakang maqam ibrahim. Disini adalah kawasan mustajab berdoa. Saya
pun ambil kesempatan bersolat dikawasan yang lapang.Ketika tawaf, Kami
berkumpulan. Berdoa bersama2.. Ustaz membaca kami mengikut.. Anak2 muda semangat ketika membaca doa. Suara
yang lantang. Kami yang agak berusia ni turut semangat dengan anak2 muda ni…Untungnya
kalian diusia muda dah menjejakkan kaki di tanah suci ni.. Sehingga la selesai
tahallul. Kali ni masih lagi ménages tp tak sesebak umrah pertama kami.
No comments:
Post a Comment