12 December 2017

Bayou Lagoon Yang Terbaik dan Murah

Nak bercuti kita mesti nak cari yang terbaik dan termurah kan.

Di Bayou Lagoon, saya sebagai pemilik unit nak berikan servis yang terbaik buat semua.
memang menjadi dambaan la kata bila guest keluar tu happy, berbaloi dengan harga yang dibayar.

Musim cuti sekolah, permintaan di studio room unit banyak yang kami tak dapat penuhi.
Cara kami, anda bayar deposit date utk anda berhajat tu kami akan lock.
Kira first come first serve. Datang la adik beradik sekalipun kami akan tolak jika date tu dah ditempah oleh guest.

Terbaik..terbaik terbaik.. itu yang kami inginkan. Ingin diberikan kepada semua guest kami.

So, ingin juga sy maklumkan. Dapatkanlah tawaran harga dari kami yang sememangnya murah. Kami bukan orang perantara, kami bukan orang ke 2 mahupun ke 3.
Kami adalah pemilik Unit.

Yang  nak menginap, boleh whatsapp saya terus. Anda pilih tarikh yang dihajati. InsyaAllah kami cuba yg termampu.

Meh whatsapp kami :

012-678 2470 -Faezah
012-299 3692 - Nizam


Cepat2 tau.. Plan percutian Anda dengan sebaiknya

#Bayoulagoonmurah

11 October 2017

Bayou Lagoon Murah



Inginkan percutian bersama keluarga di MELAKA????
Anda ada event di MITC MELAKA??

Nak cari bilik yang selesa???
sangat selesa saya berikan untuk anda.. Harga yang sangat murah dan berpatutan kami berikan.

Room with waterpark.

Bilik yang besar, waterpark yang awesome. Pool pun ada.


Bayou Lagoon Studio Room selesa buat anda. Terletak di Bukit Katil Melaka.

Hanya 10 minit ke Tol Ayer keroh/Zoo Melaka
Hanya 5 minit ke Mydin Melaka
Hanya 10 minit ke AEON Ayer keroh
Hanya 5 minit ke MITC Melaka..


Harga yang kami tawarkan sangat berbaloi. Penjimatan yang sangat hebat.

Boleh whatsapp kami di talian 012-299 3692 (Nizam) / 012-678 2470 (Faezah)

Pilih tarikh yang sesuai, cepat-cepat booking sebelum terlewat..


**Notes**

* Harga berbeza mengikut cuti umum/ cuti sekolah/hujung minggu
* Waterpark ditutup setiap hari Selasa






06 June 2017

Kuah Kacang Sedap dan Terbaik

Bismillah

Bila Ramadhan ni, otak berlegar-legar fikir nak masak apa. Semalam husband request nak makan lontong. Orang jawa kata masak lodeh, melayu panggil lontong..Hidangan wajib raya org jawa kot...kalau salah maap yek....
Dengan penuh ketulusan keihklasan maaf zahir batin..sy pun punyala semangat nak masak tau. Actually husband sy ni bukanla seorang  yg pemakan.. kalau makan nasi tu sesenduk je.. masak la 4/5 lauk..disentuh 1 lauk je.. paling kuat pun 2 lauk.. tu da cukup bagi dia.. 
So, bila dia request nak makan lodeh hati mak pun dengan girang... dengan harapan dia makan penuh selera gamaknya...hehe

Lepas sahur saya da masakkan nasi impit.. kacang pun dah goreng malam tadi,lepas kerja nanti sambung pulak masak lodeh & kuah kacang nya..masa itu emas.heheee

Sebelum masak, recall balik resepi-resepi kuah kacang. Masa arwah abah ipar sy ada ajar resepi kuah kacang untuk satay tapi lupa pulak. mana ntah dicampakkan resepi tu. serius.. resepi satay juga entah dimana.. nanti dah jumpa sy share ye. mudah2an resepi tu dipanjangkan sedekah dirinya  bagi ilmu yang bermanfaat buat semua... 

Arini saya gogel. sy ni memang peminat Azie Kitchen http://aziejaya.blogspot.my. memang selalu follow resepi kak azie yang tak kedekut ilmu ni..apa2 mesti sy klik blog kak Azie.. Tq kak share ilmu masakan buat semua...

Now sy tepek resepi Kuah Kacang Yang Sangat Sedap ni....

Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 ekor ayam/daging - ayam digril seketika/daging direbus
1/2 kg kacang tanah - goreng dan blend kasar
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam
3/4 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar

Cara cara:
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sederhana. Jangan kisar terlalu hancur. 

Tumis bahan kisar sehingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing. 

Masukkan ayam yang digril atau jika daging, direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan terus dimasak dengan api perlahan supaya kuah kacang tahan lama. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.

Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang. 

Nota:
Boleh masukkan dalam bekas berrtutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.

03 January 2017

Madinah Part 2

9/12/2016 ( Jumaat)
Harini ustaz nak bawa kami menziarah sekitar masjid nabawi & ke pasar kurma. Banyak tempat2 yang tak kami ketahui. Ustaz menerangkan dengan details pada zaman dulu.. Jalan kaki mengelilingi masjid..fuhhh memang dah tak larat masa ni. Sebab pagi nya ustaz nk bawa kami ke pasar kurma tapi salah pintu. Penat tak ilang sambung lagi petang. Pinggang da sakit, kaki dah tak larat. Memang lain macam sakitnya. Demam pun ala2 nak datang aja masa ni.
Magrib, kami bersolat di persekitaran masjid je sbb taksempat.. gara2 bersoping kurma dan kekacang..asar ke magrib sngt singkat masa. Tu yg terpaksa solat diluar bersama bekalan kotak kurma kami.hehe..
Tempat solat antar lelaki dan wanita dipisahkan..so kami deal utk jmpe di pintu 17 sahaja slps solat mgrib sblm balik ke hotel.
Selepas isyak, kami baru nak membeli buahtangan utk anak2 dan adik beradik.baru berkejar2.beli bawah hotel aje senang.dan laluan kedai nak ke masjid aja.
Husband mmg tugas hakiki packing barang. Sy da melepek. Rupanya demam dah datang. Cuaca di madinah sejuk. Tu yang badan pun dah tak larat. Demam on off masa nak dtg mekah, madinah & nak balik.  Sy tak larat, husbang pack2 barang. Sebelum tdo, husband bgtau dia nak ke masjid selepas pack barang. Sy pun kata ok pastu tdo lepas mkn ubat.
Kul 2 lebih bangun ingt nak qiamulai. Malam terakhir di bumi Madinah.bangun2 tengok husband takde. Dia ke masjid la tu. Sy pun mandi bersiap nak ke masjid…sedang elok nak buka pintu husband pun balik..aikk.. dia balik sambil kata sejuk2.. terus selibung dalam selimut..sy pun eh, nk g toilet dlu la..nak wuduk.sejuk2 ni.. rupanya ada hikmah. Rupanya sy period.. patutla sakit2 pinggang masa nak g pasar Kurma..ermm ruginya malam2 terakhir tak dapat qiamulai..nak datang lagi..nak datang lagi….hati berbisik..

10/12/2012 (sabtu)
Pagi ni kami sempat sopingk sikit2 terutama tang makanan. Nak perabih duit riyal yang ada. Kami makan sandwich..duduk minum teh dengan udara yang sejuk.. menggigil2 bila ditiup angin. Hehee.. sebelum bertolak ke Airport, ustaz membawa kami utk menziarah Nabi buat kali terakhir kami di bumi Madinah..
Flight malam tu.. Fuh.. masa ni da mula ingatkan anak2..tak sabar nak sampai nak tengok wajah anak2. Bila balik dlm flight tak terasa pulak lama. Pejam celik makan, pejam celik makan..tup2 eh dah nak sampai.. berkobar2..alhamdulillah.selamat perjalanan kami pergi dan balik. Semuga kami mendapat umrah yang mambrur.kami sampai jam 3 ptg… selesai urusan bag dan air zam2..sebelum berpisah, kami berdoa dan bersalam2 an lagi..
Masa ni anak2 lelaki dan kakak ipar ku dah menunggu di luar. Lepas je tolak laugage..tengok anak2 depan pintu rilek je bila tngk kami. Haishh kita ni dah tak sabar nak peluk depa…depa control macho pulak.hehee…
ALhamulillah.perjalananan kami umrah kami… urusan kami Allah permudahkan segalanya..
Allah memberikan kami keistimewaan sebagai hambanya…Syukur Alhamdulillah..


Next sy akan ceritakan detik manis sy sbg tetamu Allah dan juga tips2 Umrah..

Madinah Part 1

7/12/2016 (Rabu)
Selepas zuhur kami melakukan Tawaf Wadak sebelum bertolak ke Madinah. Allahu.. sangat sedih..sebak..taksanggup berpisah..selepas berdoa airmata laju mengalir..sewaktu berjalan sambil menoleh kaabah..sebak lagi..menitik lagi.. Ya Allah, jemputlah kami ke sini lagi.. utk beribadat semata2 keranaMu.
Siap loading barang kedalam perut bas, diteruskan perjalanan kami ke Madinah. Perjalanan selama 6 jam. Masa ni aku sempat melihat ciptaan Allah. Gurun pasir yang gersang yang sangat cantik. Masa ni slps asar. Sngt cantikkkk .saujana mata memandang.Orang lain aku sy rasa kebanyakkanya sedang tidur.
Kami berhenti hentian,utk solat asar,magrib dan makan… sampai di Madinah, hotel kami Hotel Concorde. 3 lapis juga dr pintu masjid. Tapi masih lg dekat sebab laluannya mendatar.sampai jam 11 malam. Slps masukkan bag ke bilik, membersihkan diri kami menziarahi Rasullullah… Balik semula ke hotel utkmerehatkan diri.

8/12/2016 (Khamis)
Kami menzirahi di sekitar Bandar Madinah
-Masjid Quba~ sesiapa berwuduk dr rumah dan bersolat dimasjid Quba medapat pahala umrah.
-Masjid Tujuh
-Bukit Uhud
-Ladang kurma
-Bukit Magnet.

Malamnya, kami berpeluang ke Raudah. MasyaAllah.. masa ni diuji lagi.. Betul ustazah kata, masa ni kita jangan bertolak2 tapi kita bertahan. Sebaik nk masuk ke Raudah, dapatla saya bersolat didalamnya. Betul2 ditepi mimbar Nabi. Berjuraian lagi airmata ni.

umrah Part 4

6/12/2016 (Selasa)

Program harini adalah ke Bandar Taif & ambil miqat umrah ke 4. Program ini adalah program optional. Siapa yang berminat boleh booked. Kami booked & add on Rm200 dr Malaysia lagi..
Alhamdulillah..mmg sngat bersyukur. Saya bgtau kat suami, akan datang tak dapat lagi rasanya ke Bandar taif berharga rm200. Utk Muassasah yang bawa kami ke Bandar taif pun da 180RS..dengan currency sekarang lagi. RM82 bersamaan 100RS.  Ustaz kami siap bgtau, biarlah bayaran ni elizzah yang tanggung. Kalau tak cukup biar ellizzah yang jawab. Hehee
Kami ke Istana Lama King Fahad di Bandar taif. Juga ke Masjid pertama yang didirikan nabi setelah berhijrah dr mekah.. Perjalanan nk ke Bandar taif hampir 2 jam. Naik bu kit turun bukit. Telinga ni kejap sebu kejap ilang..bagaimana zaman nabi s.a.w dulu. Bukitnya yang keras2. Yang gersang.. Allahuakbar.
Kami ke pasar buah. Fuhh dah tak keruan tengok buah2 an kt sini. Dok sibuk kesana sini tawar harga, last2 yg beli delima sekotak. Ada dalam 8-10biji yang besar2 yang segar2 meranum merahnya.
Hanya 20 minit kat sini, terus kami ke Qarnul Manazil utk niat umrah ke 4. Kat sini sangat2 selesa. Masjid yang besar dan sangat selesa. Husband siap bgtau dia sempat mandi kat masjid tu.
Balik teruskan lagi rukun umrah kami. Alhamdulillah selesai semua segala umrah kami…

Nape tak niat umrah pada arwah2??.. sy rasa ini adalah pengalaman pertama saya. Saya nak ibadah umrah saya semakin baik dan baik.Sebab tu semua umrah adalah niat utk diri sendiri. InsyaAllah saya akan datang lagi disini.

Umrah Part 3

4/12/2016 ( Ahad)

Harini aktiviti bebas. Kami banyak menghabiskan masa di Masjid beriktikaf,mengaji & tawaf sunat. Jika anda ingin melakukan umrah tambahan boleh la di sewa teksi utk ke MiqaT.
Diwaktu ni sy dah suami, melakukan tawaf sunat bersama2. Ambil kesempatan utk bersolat  bertentangan dengan multazam. Kami akan bersolat & berdoa di situ. Masa ni tak kira dah. Matahari tengah memanah ke apa ke kami tadah aja. Sy merasakan ini panas yg sngt kecil utk kami… Peluhan yang menitik terasa keberkatannya.hehe..

5/12/2016 ( Isnin)

Pagi ni jam 8 pagi, program adalah ke ladang unta. Masa ni sy ambil kesempatan minum air susu unta. Mula2 mcm cuak jugak..tp ustaz khalid meyakinkn sy utk rasa. Lepas je rasa, haah mmg sedap, mcm freshmilk rasanya..takde hamis takde masam dan sebagainya.elok bergambar segala, sempat beli sebotol susu unta utk minum spnjg perjalanan ziarah.

Diteruskan lagi ke Muzium Haramain & Hudaibiyyah  Niat Umrah di Miqat kali ke 3.. Seperti biasa, melakukan tawaf di dataran. Kawasan berhampiran di Kaabah.

Umrah Part 2

3/12/2016 (Sabtu)

Dalam 3 pagi sy da turun ke lobi utk menunggu suami ke masjid.  Jumpa makcik saminah di lobi. Dia pun nak ke masjid waktu ni bersama kawannya. Terus salam makcik. Berjuraian lagi air mata kami.. tiada kata2..hanya airmata…
Lepastu diceritakan sedikit bagaimana arwah meninggal sebelum kami berpisah ke masjid.
Pagi ni program bersama agensi. Jam 8 pagi. Kami akan ke Gua Thur ( Tempat Persembunyian Nabi ketika Hijrah), Gua Hira (tempat turunnya wahyu pertama) . Tingginya..inila bukit yang dipanjat jemaah muda malam tadi…Dibawa ke Manasik Hajj seperti Arafah, Muzdalifah Mina dan Jamrah.


Selepas tu kami ke Masjid di Ja’ranah utk Niat Umrah di Miqat kali ke 2.Masjid disini kecik je. Kebetulan katanya air tiada waktu ni. Nak ambil wuduk dekat ngan toilet bukan di seblah masjid. So kami berwuduk gunakan spray & air yang ada. Nak masuk pintu masjid bahagian wanita pulak bersesak2an.bertolak2 an. Masa ni mmg menguji kekuataan. Mengalahkan waktu tawaf berhimpit2.. Ada adik India muda..dr belakang boleh mencelah tepi sy berdiri yg sedang berhimpit2 dengan org lain.ingtkan dia sorang,sy pun bagi laluan.rupanya tangan dia kat belakang menarik nenek/maknye dibelakang. Kami yang depan ni dah tersenget2 segala. Last dia naik kepintu masjid dulu sambil tangan menarik neneknya. Habes, kita ni tak naik2 lagi dok menahan dari jatuh. Sy pun suruh dia lepaskan tangan neneknya..dia taknak. Sy terus nada tinggi ckp ‘no’…no.. baru dia lepaskan. Dia dah naik atas, sy sambung pegang tangan neneknya.. pun tak lepas sbb org lain dah mula tolak2 nak naik juga. Sy pun pegang tangan nenek tu suruh dia berpaut pada jenang pintu. Lepastu  solat je terus. Masa nak keluar masjid. Nampak adik India tu ngan nenek dia ngah duduk mengadap. Adik tu pandang sinis je tak puas ati agaknye.hehe maaf ye yunk…
Lepas tu kami berniat bersama2 di dalam bas. Masa ni ustad Khalid xde. Menguruskan jenazah… Yang mengganti ustaz Zaidin selaki mutawwif kami kali ni.

Sampai di Masjidilharam, kali ni kami bertawaf di dataran berhampiran kaabah. MasyaAllah.. dekatnya.. Waktu bertawaf, tak pernah tak menitis air mata…Sambil berdoa..sambil menitik air mata..  selepas tawaf, ustaz suruh kami solat sunat tawaf di belakang maqam ibrahim. Disini adalah kawasan mustajab berdoa. Saya pun ambil kesempatan bersolat dikawasan yang lapang.Ketika tawaf, Kami berkumpulan. Berdoa bersama2.. Ustaz membaca kami mengikut..  Anak2 muda semangat ketika membaca doa. Suara yang lantang. Kami yang agak berusia ni turut semangat dengan anak2 muda ni…Untungnya kalian diusia muda dah menjejakkan kaki di tanah suci ni.. Sehingga la selesai tahallul. Kali ni masih lagi ménages tp tak sesebak umrah pertama kami.

Umrah Part 1

1/12/2016 Umrah Pertama Kami


Sama pulak flight & agensi kami.. Cantik betul Raja Farah ni... licin je kulit dia.hehe.. Baby pun Comel. Teringat kat Baby Maryam kene tinggal.. Baby Maryam masa ni lebih kurang 9bulan.

Saudara yang sanggup teman kami sebelum depart..


Pihak Elizzah ada menyediakan transport dr lokasi.. dr Jb ke Klia.banyak la tempat transitnya. Cuma kami bawa kenderaan sendiri. Sebab nak tinggalkan anak2 di kampung Melaka. Bus tu dah termasuk dalam pakej.
Kami decide anak2 lelaki ikut Mok (Mak suami) balik ke kampung Terengganu. So anak2 perempuan akan dijaga oleh Makngah Salmiah di Melaka. So 1/12 tu kami bergerak dr Melaka 6.30 pagi ke KLIA. Masa nak keluar dari rumah, Maryam dah bangun. Aisyah, Amanina pun dah bangun. Semua Nampak ok aje.Mama takde la perasaan syahdu sangat nak tinggalkan anak2 tu, lagi2 mak ngah yang jaga. Lebih perasaan excited nak menjejakkan kaki ke Mekah aja..
Dijadualkan jam 10 di airport. Kami antara yang pertama awal sampai di airport dari group selesa elizzah 1.12.2016. Dalam 15 menet barulah geng2 ngan bas sampai. Ada sedikit taklimat dr pengurusan elizzah dan pembahagian bag silang,bag kasut dan receiver. Diberitahu juga penerbangan ditunda ke jam 4. Kereta yang kami bawa, kakak ipar bawa balik ke Shah Alam.. Kami, menunggu utk berlepas jam 4 nanti..
Dalam flight, masyaAllah. Tak pernah naik flight macam ni lama kan. Paling kuat pun 2 jam lebih. Kali ni 8 jam. Pusing2 tak sampai lagi..pusing kiri pusing kana tak sampai. Makan tdo makan tdo… sampai pergi toilet 2 kali.saja ja sbb dah penat duduk sebenarnya..
Dalam flight kami suami isteri terpisah. Sy dapat duduk seat sederet berempat tu. Tp yang ada passenger hanya 2 org. 2 lg free seat. Xde orang. Husband pulak kat belakang. Bila saya saja lalu  kat dia masa g toilet mmg padat tempat duduk kat belakang. Full seat.
Kat sini kami da Berniat umrah di dalam flight. Kami dah tertakluk dengan pantang larang ihram 1 jam sebelum departure.


2/12/2016( Jumaat)




Alhamdulillah selamat mendarat di Jeddah dalam jam 11 malam mcm tu(waktu Arab Saudi). Sampai je kami terus keluar cari surau utk solat jamak. Lepas tu naik bus pulak utk ke Mekah. Perjalanan lebih 2 jam. Sampai di hotel sekitar jam 2. Siap bagi bilik dan membersihkan bilik, kami berkumpul jam 3 lebih utk memulakan umrah yang pertama. Oleh kerana jemaah kami ada yang menggunakan wheelchair, so masa tu drag smpi jam 4.Ustaz pesan akan berkumpul jam 3.30 utk bergerak bersama2. Jam subuh 5.30 mcm tu.




Cukup semua jemaah ustaz bawa kami terus masuk ke masjidil haram. Masa melangkah doaku tak putus2. Semuga Allah permudahkan urusan kami, permudahkan langkah kami dan menjadikan kami tetamu yang paling istimewa dalam menunaikan ibadah ini.
Sebaik melangkah ke masuk ke masjid, hati ni berdebar2. Dimanakah qiblat ku… tak sabar nak melihat. Di hujung2 kelibat mata sy dpt melihat kain hitam disayup2 mata memandang. Hati da mula sebak. Ya Allah, syukur padamu dipanjangkan usiaku..diberikan ku rezeki utk menjejekkan kaki ke tanah suci Mu.
Ustaz Khalid selaku mutawwif kumpulan kami.. Kami berkumput terus membaca doa bersama2. Doa melihat kaabah. Seterusnya doa melakukan tawaf. Kami terus melakukan tawaf di tingkat atas bagi laluan yang berkerusi roda. MasyaAllah.. memang tak fakir apa dah masa tu. Langkah kaki terus melangkah.. betapa besarnya lingkungan tawaf kami.. ada yang mengatakan 7 kali pusingan tawaf di bawah/dataran bersamaan dengan 1 kali pusingan diatas. Yang ni anda boleh cuba kalau nak rasa jauh ke dekat.hehe..
Cukup 5 kali tawaf, kami stop utk ready solat subuh. Selepas solat subuh, kami menyambung lagi tawaf sebanyak 2 kali. Sebelum mulakan saie ustaz ada bgtau yg nak minum air zam2 boleh. Aku pun mmg terasa kehausan, terus ambil air segelas dan berdoa..

“Ya Allah.. ini merupakan air zam zam pertama yang membasahi tekak ku di bumi Mekah, jadikanlah ia penawar dahagaku di padang Mahsyar nanti..”

Ini doa yang saya dapat dr Blogger Sally..Doa dalam buku juga tak lupa sy bacakan.. Selepas tu kami pun bergerak ke Mataf utk saie dan tahallul. Allahuakbar.. kepenatan mmg sangat terasa kat sini.. Bermula dari bukit Safa sehingga ke Bukit Marwah 1 kali..Marwah ke Safa 1 dan akhirnya di Marwah. Begitula pusingannya sebanyak 7 pusingan..
Waktu melakukan saie, airmata tak terbendung. Ya Allah..ini hanyalah dugaan ku yang kecil utk ku. Betapa besarnya pengorbanan Siti Hajar diwaktu dulu yang tiada aircond, tiada tiles ketika memanjat bukit safa & marwah mencari2 bantuan untuk mendapatkan pertolongan & ketika itu anaknya diletakkan berhampiran dengan Kaabah. Ya Allah.. Betapa jauhnya kedudukan kaabah & bukit safa& bukit marwah dikala meninggalkan anak yang kecil. Sucinya Pengorbanan mu  itu..
Hati berbisik, Ya Allah..terima lah amalanku insan yang kerdil ini Ya Allah. Air mata menitik lagi..
Diwaktu melakukan saie ini, aku menggenggam erat tangan makcik Saminah. Makcik ni bawa anaknya yang menggunakan wheel chair. Anaknya merupakan Ibu tunggal & seorang guru. Tetapi menghidap sakit kulit . dalam flight mmg saya dah Nampak akak ni sngt uzur. Makcik saminah ni yg banyak bantu akak ni nak bergerak. Mungkin kehadirannya ke tanah suci membuatkannya pulih. Berkat doa di tanah suci kan.. Kuasa Allah. Siapa yang tahu.
Ehh da masuk bab lain pulak.hehe
Waktu saie, bila nak mendaki bukit saya menggenggam dengan kemas sambil spt memapah makcik ni. Saya tahu, sy yang muda ni pun tak larat, apa lagi makcik ni yang da lebih 60 thn. Memang sangat terasa kepenatannya selepas melakukan tawaf di tingkat atas dengan perjalanan kami dr Malaysia hari sebelumnya. Allahu…
Selesai sahaja saie, kami berkumpul lagi. Sebab semasa lampu hijau,jemaah lelaki dah berlari2 anak. Tertinggal kami yang wanita ni.. sebaik selesai 7 pusingan kami berkumpul di Bukit Marwah utk bertahallul. Selepas tahallul kami bersama2 membaca doa tahallul. Ustaz pun berpesan, slps tahallul & sblm balik kita bersalam2 an sambil selawat..
Tak tergambar dengan kata2.masa ni hanya air mata menemani. Sebaik salam bersama jemaah kumpulan kami, masing2 menitiskan airmata. Sebaik mencari Makcik Saminah utk bersalam, kami menanges teresak2 macam budak kecik sambil berpelukan. Hampir 2 minit kami berpelukan sambil teresak2.. makcik saminah siap cakap, “terima kasih tolong makcik tadi”
Lagi airmata aku ni laju membasahi.Masa ngah taip ni pun saya tak tahan dah ni.. jatuh lagi air mata ni.. terasa sangat2 keberkatan umrah..pengorbanan umrah pertama ni.
(Bukan pujian yang saya minta, tapi sy mmg cair bila dengan orang tua. Teringat kat arwah mak. Macam mana dulu dia kerjakan haji diwaktu usianya spt makcik saminah)
Selesai semua, kami beramai2 balik ke hotel utk sarapan. Alhamdulillah selesai umrah pertama kami.
Ini Pengalaman yang sangat2 berharga yang akan dikenang sampai bila2…..

Harini aktivi boleh kata bebas, berehat  seketika setelah perjalanan jauh.Waktu zuhur, sy ambil kesempatan ikut suami solat jumaat. Tak pernah dalam hidup solat jumaat. Pengalaman baru.. Amalan yang baru. Harini aktiviti menziarah sekitar masjid selepas asar. Ustaz membawa kami mengelilingi masjidil haram. Menunjukkan kawasan2 bersejarah zaman nabi s.a.w..Barulah kami tahu yang tapak bangunan kfc adalah bekas tapak rumah Nabi s.a.w


Pada malam hari, ustaz membawa jemaah yang cergas utk mendaki jabal Nur’.Saya memang tak naik la..nak naik tingkat 4 pun dah mencunggap2.. dalam jam 10 lebih, kakak dalam bilik bgtau.. Kak Nita meninggal. Ha?? Siapa? Tertanya2 pulak siapa. Diakatanya kakak yg pakai wheelchair tu. Dia bgtau sbb kt group whatsapp meminta ustaz Khalid balik segera ke hotel sbb jemaah group selesa meninggal. Masa ni sy tak terfikir nak mencari bilik makcik saminah. Tak tahu nak buat apa. Ye ke tak, ye ke tak. Maklumla baru 1 hari jumpa belum saling mengenali kami ni.. 

Panggilan Ke Umrah

ALHAMDULILLAH…ALLAHUAKBAR..

Tiada kata-kata indah yang ingin diucap. Allah menjemputku dan suami sebagai hambanya di Tanah Suci. Sedikit Perkongsian, sedikit pengalaman sebagai coretan buat diri sendiri. Pengalaman yang sangat berharga.



2 Feb 2016 adalah tarikh mula2 sy bankin deposit RM2000 utk Elizzah Travel.Bayar je booking dlu, nak pakej mana masih dalam dilemma lagi. Masa ni sy masih mengandungkan Maryam. Bersalin Maryam 3/4/2016.Sebab apa bayar awal? Sebab nak grab harga paling murah RM5999. Keinginan awalnya nak pergi masa cuti sekolah bulan 5 + ada pakej ke Istanbul. Tp husband suruh  fikir elok2. Fikirkan keadaan diri sendiri yang baru lepas pantang, dengan nak bawa baby yang masih kecil & juga persediaan mental fizikal & rohani kami utk  kesana dalama masa 3 bulan.Masa ni mmg ada sedikit keciwa la.. akhirnya saya akur..


6/3/2016

Confirm semula kat Ustazah Elizzah Travel sy pilih pakej selesa akhirnya utk tarikh 1/12/2016-11/12/2016. 30/9/2016  terus buat payment RM10k . Urusan kami ke tanah suci bersama Elizzah Travel semuanya melaui online & whatsapp. Kami tak pernah pergi pun office el Izzah kat Simpang Renggam. Saya Percaya bulat2. Sy hanya berdoa InsyaAllah benda yang baik mudah2an dipermudahkan.
Nak tau mana dtgnya idea utk pilih Elizzah Travel ni??
Asalnya sy ada beli buku Najib Assadok(Copywriting fbadds) . dalam tu Najib pun ada promo skit Elizzah Travel@Mampu Umrah kt buku dia. Masa tu terus buka website. Tengok pulak testimoni video dalam tu.. terus jatuh hati u.. takde dah nak servey mana2. Elizzah pilihan no 1 terus.hahaa
Kawan2, adik beradik masing2 dok ingat Andalusia aje.. bila ckp Elizzah ada yang bgtau, hati2 ye nak pilih travel agent tu. Skrg ni banyak yang tak betol… Sy hanya senyum aja… InsyaAllah…xde apa2.. Yakin bebenor masa tu.


17/10/2016

Sebelum hantar dokumen2 yang diperlukan, ada juga sy call elizzah utk tukar tarikh penerbangan. Gara2 period. Lastly sy stay je kt plan date asal.Confirm 1/12/2016 flight ke Mekah.



http://www.elizzahtravel.com/