02 January 2019

Madrasah An-Nuur Kesang Laut Muar Johor



Perjalanan Tengku Zufar Adam di Madrasah An-Nuur

Kita hanya merancang, tapi Perancangan Allah lebih hebat.
Cik Pae mula la survey²  pusat tahfiz dalam diam. Masih lagi konsep lalang walaupun niatnya dari awal dah semat dalam hati.Jumpa la pusat tahfiz kat Melaka & Muar. Last2 abah kata taknak jejauh. Susah nanti nak outing segala. So, kami decide ambil borang di Madrasah An-Nuur. Isi terus hantar. Permohonan akan di proses untuk sessi temuduga.

14 November 2018 kami datang interview. Tengku Zufar akan menjalani sessi interview bertulis & lisan. Korang bole update sentiasa tarikh² interview pada page facebook Madrasah An-Nuur dan juga permohonan untuk memasuki Madrasah.

baru nak menghafal.heheee
 
Sessi interview lisan setelah menjawab soalan bertulis




Alhamdulillah, permohonan & temuduga Tengku Zufar lulus. Tarikh pendaftaran juga diterima. Semasa pendaftaran perlu buat pembayaran RM500 sebagai tanda setuju. Selebihnya RM1000 boleh dibayar pada hari ataupun sebelum kemasukan. Total pendaftaran RM1500.Waktu ni diterangkan segala tentang madrasah dan juga pelajar.

Cik Yan & family pagi-pagi dah datang nak tengok Adam sebelum ke Madrasah. Terharu mak :-)
Pesanan mok tak berbutir tak tahan sebak.
Salam dengan Mok sebelum bertolak



 
Bermula kemasukan di Madrasah.
Wajah yang sentiasa mama rindu

Vs hehe.. selesai ambil barang di koperasi

Banin (Putera) & Banat( Puteri )ditempat yang berasingan. Tengku Zufar dan pelajar² baru ditempatkan di asrama di Ibnu Mas’ud  Parit Ponorogo Tangkak.Masa loading barang² dia Nampak teruja, senyum gembira. Baju2 dia sendiri yang isi dalam locker. Mama &; Abah pantau ja. Atleast dia tau mana barang yang dia simpan. Locker yang diberi 2 unit. Katil pun da siap tagging. Mama tolong pasangkan cadar. Memandangkan dia kecik, senang la nak panjat tempat tidur. Mama tak risau Adam jatuh katil, sebab dari baby lagi bila tidur dia sangat tertib. Tak pernah sekali pun dia tidur jatuh katil.

Lepas solat asar, Adam masuk dorm. Datang kat mama yang da menunggu dengan barang². Masa ni dia da tak keruan. Kejap bangun, kejap duduk, kejap selak langsir. Ye sayang, mama perasan. Air mata mu mula bergenang2an.Mama pun dari awal dah bergenang juga Cuma buat² cool. Sempat lagi mama ajak adam berfoto. Dia turut je apa mama suruh.

Air mata bergenangan

Dah pesan2 apa yang patut, kami bersalaman. Anak manja mama ni salam dengan Kakak nina, Aisyah, Maryam & Abah. Mama? Opkos salam yang paling last sebab mama nak cium nak peluk anak mama ni.(Padahal xdapat cium pun sebab hidung dah penuh berair aku bersedih²an dari awal)

Mama cium adam, lagi teresak2 dia. Mama pesan, jaga diri bebaik.Angah ingat pesan Mama? Dia angguk tanda faham.Pesanan yang setiap hari mama sampaikan. Dibukukan boleh jadi novel 356 muka surat gamaknya.  

Last mama pesan yang sangat mendalam “Mama tinggalkan adam kat sini kerana Allah taala nak.Adam anak soleh kan?” Lagi sekali dia anggguk. Air mata dia kesat  perlahan.

Dah bape kali kesat air mata masa nim, mama nak gerak balik tak jadi. Hantar semula dia kat dorm.


Moga kuat semangat sayang & jadi huffaz yang cemerlang.


kemain gelak ye Abah, nak cover sendu sedan mama ajak selpie


Mama hantar adam kat katil. Dia cakap ‘Mama. Adam nak tidur’. Sebenarnya dia malu kalau orang nampak dia nanges. Sebab tu nak tidur.Dia baring sambil teresak2.Luruh jiwa mak nak. Mama faham, bukan nanges tak suka belajar kat situ tapi dia nanges tak sanggup berjauhan dan berpisah dengan keluarga.Mama usap pipi adam dengan lembut. ‘Adam anak mama yang soleh kan?takpe, lama2 adam ok kat sini. Seronok. Mula2 je.Nanti 5 hb Mama datang lagi. Dia angguk lagi sambil teresak².



Dengar pulak senior bagitau ustaz nak jumpa pelajar² baru. Mama bantu adam sarung jubah semula.Sempat dia tanya, 5 hari lagi Mama datang eh. Eh, bukan sayang. 5haribulan nanti baru mama boleh datang.Dia angguk lagi. Mama terus ke kereta. Tak tahan.Abah teman adam sambil jalan beriringan. Abah pesan apa mama tak dengar. Mama dari jauh sempat snap gambar ja.Situla perpisahan kami.








Sampai harini, da hari ke 4 di Madrasah. Mama tak nak ambil peluang untuk telefon Adam walaupun dibenarkan. Mama tak nak ganggu emosi Adam. Biarla Adam dapat menyesuaikan diri. Alhamdulillah, terubat kerinduan bila Mudir Madrasah send gambar² pelajar² disana. Ada juga video. Senyum lebar mama bila tengok gambar tu mesti ada Adam. Adam anak mama yang kecik dan paling muda.Kalau dalam group whatsapp Man sunyi je mama buka page fb Madrasah.Sessi 2019 pelajar baru seramai 80 anggaran lelaki dan perempuan.


Rindu? Kuat? Sebenarnya Mama juga tak ingin berpisah denganmu wahai anak. Mama juga tak sanggup. Sedih mengenangkan Adam ditinggalkan kecil  umur 10 tahun,& akan kembali menjadi anak bujang. Umur 10 tahun, masa emas melihat anak² membesar didepan mata mama serahkan kepada Allah. Supaya anak mama Tengku Zufar Adam membesar dengan asas yang kukuh. Alquran terpasak didada.Ini pengorbanan terbaik kita nak. Dunia dan akhirat.Lillahi Taala.


Sebenarnya, mama terdetik dalam hati nak jadikan anak lelaki mama seorang huffaz sejak Adam berusia belum setahun. Kami bukanlah datang dari keluarga yang alim, kami golongan biasa² ja. Sejak ada anak lelaki, Mama cuba survey perlahan². Cuma pesan sahabat ditempat kerja yang juga mengasaskan pusat Tahfiz, Hang tunggula anak hang pandai basuh sependar sendiri nak hantar asrama pun. hehee


Start tadika 6 tahun,kami cari tadika islamic TAJ Bukit Pasir Muar. Lebih kurang 13-15km. Adam setahun kat TAJ,manakala adiknya Mirza Fahmy 2 tahun disini. Dalam setahun Adam dapat khatam Al-Quran bermula dari Iqra 1. Allahuakbar. Perjalanannya sangat mudah. Minatnya, bakatnya dah mula nampak disini. Cikgu Latifah selalu beri maklum balas, Adam tak suka datang lambat sebab Adam akan baca Al-Quran sikit. Kalau datang awal dia punya senyum kemain.Dia suka ngaji. Kami cuma senyum gembira.


Sambung pula darjah 1. Kami mohon Sek Ren Agama Bersepadu Sg. Abong Muar. Interview, gagal. Mula buat rayuan. Mohon sokongan VVIP. Alhamdulillah dapat. 

Setahun kami berulang alik. Sangat jauh. lebih 20km sehala. Ini yang kami cuba pahatkan dalam diri Zufar. Agama lebih utama, akhlak lebih terpelihara.

Setahun bertahan, akhirnya kami tukarkan ke sekolah biasa. Dua tahun. Mama dah rasa gelisah, cukuplah. Survey da buat. Umur terawal ke Madrasah 10 tahun. Ya, mama tekad. Tekad, tekad! Tahfiz!


( Tak sapa tahu, diantara doa mama di hadapan Kaabah 2 tahun lepas adalah semuga Allah menjadikan anakku Tengku Zufar adam seorang penghafaz Al-Quran yang fasih lisan & kuat ingatan )

*walaupun masa ni halatuju Adam masih samar², tapi mama yakin Doa di hadapan Kaabah dimakbulkan Allah.

Harini, mama syukur. Perjalanan ke madrasah dipermudahkan Allah. Semuanya lancar. Adam pun senang.Mama pun tak meratap kesedihan.Alhamdulillah. Mama lebih tenang. Allah lebih berkuasa nak. Allah sebaik² perancang.


Mudah² an, anak mama Tengku Zufar Adam kuat dah dapat menghafaz 30juzuk dan menjadi syahadah. Menjadi huffaz yang berjaya dengan cemerlang. Menjadi anak yang soleh dunia &; akhirat. 



Mama tinggalkan Tengku Zufar Adam dengan penjagaan Allah s.w.t untuk belajar dan amalkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Lillahi Taala.


12 December 2017

Bayou Lagoon Yang Terbaik dan Murah

Nak bercuti kita mesti nak cari yang terbaik dan termurah kan.

Di Bayou Lagoon, saya sebagai pemilik unit nak berikan servis yang terbaik buat semua.
memang menjadi dambaan la kata bila guest keluar tu happy, berbaloi dengan harga yang dibayar.

Musim cuti sekolah, permintaan di studio room unit banyak yang kami tak dapat penuhi.
Cara kami, anda bayar deposit date utk anda berhajat tu kami akan lock.
Kira first come first serve. Datang la adik beradik sekalipun kami akan tolak jika date tu dah ditempah oleh guest.

Terbaik..terbaik terbaik.. itu yang kami inginkan. Ingin diberikan kepada semua guest kami.

So, ingin juga sy maklumkan. Dapatkanlah tawaran harga dari kami yang sememangnya murah. Kami bukan orang perantara, kami bukan orang ke 2 mahupun ke 3.
Kami adalah pemilik Unit.

Yang  nak menginap, boleh whatsapp saya terus. Anda pilih tarikh yang dihajati. InsyaAllah kami cuba yg termampu.

Meh whatsapp kami :

012-678 2470 -Faezah
012-299 3692 - Nizam


Cepat2 tau.. Plan percutian Anda dengan sebaiknya

#Bayoulagoonmurah

11 October 2017

Bayou Lagoon Murah



Inginkan percutian bersama keluarga di MELAKA????
Anda ada event di MITC MELAKA??

Nak cari bilik yang selesa???
sangat selesa saya berikan untuk anda.. Harga yang sangat murah dan berpatutan kami berikan.

Room with waterpark.

Bilik yang besar, waterpark yang awesome. Pool pun ada.


Bayou Lagoon Studio Room selesa buat anda. Terletak di Bukit Katil Melaka.

Hanya 10 minit ke Tol Ayer keroh/Zoo Melaka
Hanya 5 minit ke Mydin Melaka
Hanya 10 minit ke AEON Ayer keroh
Hanya 5 minit ke MITC Melaka..


Harga yang kami tawarkan sangat berbaloi. Penjimatan yang sangat hebat.

Boleh whatsapp kami di talian 012-299 3692 (Nizam) / 012-678 2470 (Faezah)

Pilih tarikh yang sesuai, cepat-cepat booking sebelum terlewat..


**Notes**

* Harga berbeza mengikut cuti umum/ cuti sekolah/hujung minggu
* Waterpark ditutup setiap hari Selasa






06 June 2017

Kuah Kacang Sedap dan Terbaik

Bismillah

Bila Ramadhan ni, otak berlegar-legar fikir nak masak apa. Semalam husband request nak makan lontong. Orang jawa kata masak lodeh, melayu panggil lontong..Hidangan wajib raya org jawa kot...kalau salah maap yek....
Dengan penuh ketulusan keihklasan maaf zahir batin..sy pun punyala semangat nak masak tau. Actually husband sy ni bukanla seorang  yg pemakan.. kalau makan nasi tu sesenduk je.. masak la 4/5 lauk..disentuh 1 lauk je.. paling kuat pun 2 lauk.. tu da cukup bagi dia.. 
So, bila dia request nak makan lodeh hati mak pun dengan girang... dengan harapan dia makan penuh selera gamaknya...hehe

Lepas sahur saya da masakkan nasi impit.. kacang pun dah goreng malam tadi,lepas kerja nanti sambung pulak masak lodeh & kuah kacang nya..masa itu emas.heheee

Sebelum masak, recall balik resepi-resepi kuah kacang. Masa arwah abah ipar sy ada ajar resepi kuah kacang untuk satay tapi lupa pulak. mana ntah dicampakkan resepi tu. serius.. resepi satay juga entah dimana.. nanti dah jumpa sy share ye. mudah2an resepi tu dipanjangkan sedekah dirinya  bagi ilmu yang bermanfaat buat semua... 

Arini saya gogel. sy ni memang peminat Azie Kitchen http://aziejaya.blogspot.my. memang selalu follow resepi kak azie yang tak kedekut ilmu ni..apa2 mesti sy klik blog kak Azie.. Tq kak share ilmu masakan buat semua...

Now sy tepek resepi Kuah Kacang Yang Sangat Sedap ni....

Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 ekor ayam/daging - ayam digril seketika/daging direbus
1/2 kg kacang tanah - goreng dan blend kasar
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam
3/4 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 cawan cili kisar

Cara cara:
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sederhana. Jangan kisar terlalu hancur. 

Tumis bahan kisar sehingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing. 

Masukkan ayam yang digril atau jika daging, direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan terus dimasak dengan api perlahan supaya kuah kacang tahan lama. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.

Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang. 

Nota:
Boleh masukkan dalam bekas berrtutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.

03 January 2017

Madinah Part 2

9/12/2016 ( Jumaat)
Harini ustaz nak bawa kami menziarah sekitar masjid nabawi & ke pasar kurma. Banyak tempat2 yang tak kami ketahui. Ustaz menerangkan dengan details pada zaman dulu.. Jalan kaki mengelilingi masjid..fuhhh memang dah tak larat masa ni. Sebab pagi nya ustaz nk bawa kami ke pasar kurma tapi salah pintu. Penat tak ilang sambung lagi petang. Pinggang da sakit, kaki dah tak larat. Memang lain macam sakitnya. Demam pun ala2 nak datang aja masa ni.
Magrib, kami bersolat di persekitaran masjid je sbb taksempat.. gara2 bersoping kurma dan kekacang..asar ke magrib sngt singkat masa. Tu yg terpaksa solat diluar bersama bekalan kotak kurma kami.hehe..
Tempat solat antar lelaki dan wanita dipisahkan..so kami deal utk jmpe di pintu 17 sahaja slps solat mgrib sblm balik ke hotel.
Selepas isyak, kami baru nak membeli buahtangan utk anak2 dan adik beradik.baru berkejar2.beli bawah hotel aje senang.dan laluan kedai nak ke masjid aja.
Husband mmg tugas hakiki packing barang. Sy da melepek. Rupanya demam dah datang. Cuaca di madinah sejuk. Tu yang badan pun dah tak larat. Demam on off masa nak dtg mekah, madinah & nak balik.  Sy tak larat, husbang pack2 barang. Sebelum tdo, husband bgtau dia nak ke masjid selepas pack barang. Sy pun kata ok pastu tdo lepas mkn ubat.
Kul 2 lebih bangun ingt nak qiamulai. Malam terakhir di bumi Madinah.bangun2 tengok husband takde. Dia ke masjid la tu. Sy pun mandi bersiap nak ke masjid…sedang elok nak buka pintu husband pun balik..aikk.. dia balik sambil kata sejuk2.. terus selibung dalam selimut..sy pun eh, nk g toilet dlu la..nak wuduk.sejuk2 ni.. rupanya ada hikmah. Rupanya sy period.. patutla sakit2 pinggang masa nak g pasar Kurma..ermm ruginya malam2 terakhir tak dapat qiamulai..nak datang lagi..nak datang lagi….hati berbisik..

10/12/2012 (sabtu)
Pagi ni kami sempat sopingk sikit2 terutama tang makanan. Nak perabih duit riyal yang ada. Kami makan sandwich..duduk minum teh dengan udara yang sejuk.. menggigil2 bila ditiup angin. Hehee.. sebelum bertolak ke Airport, ustaz membawa kami utk menziarah Nabi buat kali terakhir kami di bumi Madinah..
Flight malam tu.. Fuh.. masa ni da mula ingatkan anak2..tak sabar nak sampai nak tengok wajah anak2. Bila balik dlm flight tak terasa pulak lama. Pejam celik makan, pejam celik makan..tup2 eh dah nak sampai.. berkobar2..alhamdulillah.selamat perjalanan kami pergi dan balik. Semuga kami mendapat umrah yang mambrur.kami sampai jam 3 ptg… selesai urusan bag dan air zam2..sebelum berpisah, kami berdoa dan bersalam2 an lagi..
Masa ni anak2 lelaki dan kakak ipar ku dah menunggu di luar. Lepas je tolak laugage..tengok anak2 depan pintu rilek je bila tngk kami. Haishh kita ni dah tak sabar nak peluk depa…depa control macho pulak.hehee…
ALhamulillah.perjalananan kami umrah kami… urusan kami Allah permudahkan segalanya..
Allah memberikan kami keistimewaan sebagai hambanya…Syukur Alhamdulillah..


Next sy akan ceritakan detik manis sy sbg tetamu Allah dan juga tips2 Umrah..

Madinah Part 1

7/12/2016 (Rabu)
Selepas zuhur kami melakukan Tawaf Wadak sebelum bertolak ke Madinah. Allahu.. sangat sedih..sebak..taksanggup berpisah..selepas berdoa airmata laju mengalir..sewaktu berjalan sambil menoleh kaabah..sebak lagi..menitik lagi.. Ya Allah, jemputlah kami ke sini lagi.. utk beribadat semata2 keranaMu.
Siap loading barang kedalam perut bas, diteruskan perjalanan kami ke Madinah. Perjalanan selama 6 jam. Masa ni aku sempat melihat ciptaan Allah. Gurun pasir yang gersang yang sangat cantik. Masa ni slps asar. Sngt cantikkkk .saujana mata memandang.Orang lain aku sy rasa kebanyakkanya sedang tidur.
Kami berhenti hentian,utk solat asar,magrib dan makan… sampai di Madinah, hotel kami Hotel Concorde. 3 lapis juga dr pintu masjid. Tapi masih lg dekat sebab laluannya mendatar.sampai jam 11 malam. Slps masukkan bag ke bilik, membersihkan diri kami menziarahi Rasullullah… Balik semula ke hotel utkmerehatkan diri.

8/12/2016 (Khamis)
Kami menzirahi di sekitar Bandar Madinah
-Masjid Quba~ sesiapa berwuduk dr rumah dan bersolat dimasjid Quba medapat pahala umrah.
-Masjid Tujuh
-Bukit Uhud
-Ladang kurma
-Bukit Magnet.

Malamnya, kami berpeluang ke Raudah. MasyaAllah.. masa ni diuji lagi.. Betul ustazah kata, masa ni kita jangan bertolak2 tapi kita bertahan. Sebaik nk masuk ke Raudah, dapatla saya bersolat didalamnya. Betul2 ditepi mimbar Nabi. Berjuraian lagi airmata ni.

umrah Part 4

6/12/2016 (Selasa)

Program harini adalah ke Bandar Taif & ambil miqat umrah ke 4. Program ini adalah program optional. Siapa yang berminat boleh booked. Kami booked & add on Rm200 dr Malaysia lagi..
Alhamdulillah..mmg sngat bersyukur. Saya bgtau kat suami, akan datang tak dapat lagi rasanya ke Bandar taif berharga rm200. Utk Muassasah yang bawa kami ke Bandar taif pun da 180RS..dengan currency sekarang lagi. RM82 bersamaan 100RS.  Ustaz kami siap bgtau, biarlah bayaran ni elizzah yang tanggung. Kalau tak cukup biar ellizzah yang jawab. Hehee
Kami ke Istana Lama King Fahad di Bandar taif. Juga ke Masjid pertama yang didirikan nabi setelah berhijrah dr mekah.. Perjalanan nk ke Bandar taif hampir 2 jam. Naik bu kit turun bukit. Telinga ni kejap sebu kejap ilang..bagaimana zaman nabi s.a.w dulu. Bukitnya yang keras2. Yang gersang.. Allahuakbar.
Kami ke pasar buah. Fuhh dah tak keruan tengok buah2 an kt sini. Dok sibuk kesana sini tawar harga, last2 yg beli delima sekotak. Ada dalam 8-10biji yang besar2 yang segar2 meranum merahnya.
Hanya 20 minit kat sini, terus kami ke Qarnul Manazil utk niat umrah ke 4. Kat sini sangat2 selesa. Masjid yang besar dan sangat selesa. Husband siap bgtau dia sempat mandi kat masjid tu.
Balik teruskan lagi rukun umrah kami. Alhamdulillah selesai semua segala umrah kami…

Nape tak niat umrah pada arwah2??.. sy rasa ini adalah pengalaman pertama saya. Saya nak ibadah umrah saya semakin baik dan baik.Sebab tu semua umrah adalah niat utk diri sendiri. InsyaAllah saya akan datang lagi disini.