Perjalanan Tengku Zufar Adam di Madrasah An-Nuur
Kita hanya merancang, tapi Perancangan Allah lebih hebat.
Cik Pae mula la survey² pusat tahfiz dalam diam. Masih lagi konsep
lalang walaupun niatnya dari awal dah semat dalam hati.Jumpa la pusat tahfiz
kat Melaka & Muar. Last2 abah kata taknak jejauh. Susah nanti nak outing
segala. So, kami decide ambil borang di Madrasah An-Nuur. Isi terus hantar.
Permohonan akan di proses untuk sessi temuduga.
14 November 2018 kami datang interview. Tengku Zufar akan
menjalani sessi interview bertulis & lisan. Korang bole update sentiasa
tarikh² interview pada page facebook Madrasah An-Nuur dan juga permohonan untuk
memasuki Madrasah.
baru nak menghafal.heheee |
Alhamdulillah,
permohonan & temuduga Tengku Zufar lulus. Tarikh pendaftaran juga diterima.
Semasa pendaftaran perlu buat pembayaran RM500 sebagai tanda setuju. Selebihnya
RM1000 boleh dibayar pada hari ataupun sebelum kemasukan. Total pendaftaran
RM1500.Waktu ni diterangkan segala tentang madrasah dan juga pelajar.
Cik Yan & family pagi-pagi dah datang nak tengok Adam sebelum ke Madrasah. Terharu mak :-) |
Pesanan mok tak berbutir tak tahan sebak. |
Salam dengan Mok sebelum bertolak |
Bermula kemasukan di
Madrasah.
Wajah yang sentiasa mama rindu |
Vs hehe.. selesai ambil barang di koperasi
Banin (Putera) & Banat(
Puteri )ditempat yang berasingan. Tengku Zufar dan pelajar² baru
ditempatkan di asrama di Ibnu Mas’ud
Parit Ponorogo Tangkak.Masa loading barang² dia Nampak teruja, senyum
gembira. Baju2 dia sendiri yang isi dalam locker. Mama &; Abah pantau ja.
Atleast dia tau mana barang yang dia simpan. Locker yang diberi 2 unit. Katil
pun da siap tagging. Mama tolong pasangkan cadar. Memandangkan dia kecik,
senang la nak panjat tempat tidur. Mama tak risau Adam jatuh katil, sebab dari
baby lagi bila tidur dia sangat tertib. Tak pernah sekali pun dia tidur jatuh
katil.
Lepas solat asar, Adam
masuk dorm. Datang kat mama yang da menunggu dengan barang². Masa ni dia da tak
keruan. Kejap bangun, kejap duduk, kejap selak langsir. Ye sayang, mama
perasan. Air mata mu mula bergenang2an.Mama pun dari awal dah bergenang juga Cuma
buat² cool. Sempat lagi mama ajak adam berfoto. Dia turut je apa mama suruh.
Air mata bergenangan |
Dah pesan2 apa yang patut, kami bersalaman. Anak manja mama ni salam dengan Kakak nina, Aisyah, Maryam & Abah. Mama? Opkos salam yang paling last sebab mama nak cium nak peluk anak mama ni.(Padahal xdapat cium pun sebab hidung dah penuh berair aku bersedih²an dari awal)
Mama cium adam, lagi teresak2
dia. Mama pesan, jaga diri bebaik.Angah ingat pesan Mama? Dia angguk tanda
faham.Pesanan yang setiap hari mama sampaikan. Dibukukan boleh jadi novel 356
muka surat gamaknya.
Last mama pesan yang
sangat mendalam “Mama tinggalkan adam kat sini kerana Allah taala nak.Adam anak
soleh kan?” Lagi sekali dia anggguk. Air mata dia kesat perlahan.
Dah bape kali kesat air mata masa nim, mama nak gerak balik tak jadi. Hantar semula dia kat dorm. |
Moga kuat semangat sayang & jadi huffaz yang cemerlang. |
kemain gelak ye Abah, nak cover sendu sedan mama ajak selpie |
Mama hantar adam kat katil. Dia cakap ‘Mama.
Adam nak tidur’. Sebenarnya dia malu kalau orang nampak dia nanges. Sebab tu
nak tidur.Dia baring sambil teresak2.Luruh jiwa mak nak. Mama faham, bukan nanges tak suka belajar
kat situ tapi dia nanges tak sanggup berjauhan dan berpisah dengan
keluarga.Mama usap pipi adam dengan lembut. ‘Adam anak mama yang soleh
kan?takpe, lama2 adam ok kat sini. Seronok. Mula2 je.Nanti 5 hb Mama datang
lagi. Dia angguk lagi sambil teresak².
Dengar pulak senior bagitau ustaz nak jumpa pelajar² baru. Mama bantu adam sarung jubah semula.Sempat dia tanya, 5 hari lagi Mama datang eh. Eh, bukan sayang. 5haribulan nanti baru mama boleh datang.Dia angguk lagi. Mama terus ke kereta. Tak tahan.Abah teman adam sambil jalan beriringan. Abah pesan apa mama tak dengar. Mama dari jauh sempat snap gambar ja.Situla perpisahan kami.
Rindu? Kuat? Sebenarnya
Mama juga tak ingin berpisah denganmu wahai anak. Mama juga tak sanggup. Sedih
mengenangkan Adam ditinggalkan kecil
umur 10 tahun,& akan kembali menjadi anak bujang. Umur 10 tahun,
masa emas melihat anak² membesar didepan mata mama serahkan kepada Allah.
Supaya anak mama Tengku Zufar Adam membesar dengan asas yang kukuh. Alquran
terpasak didada.Ini pengorbanan terbaik kita nak. Dunia dan akhirat.Lillahi Taala.
Sebenarnya, mama terdetik dalam hati nak jadikan anak lelaki mama seorang huffaz sejak Adam berusia belum setahun. Kami bukanlah datang dari keluarga yang alim, kami golongan biasa² ja. Sejak ada anak lelaki, Mama cuba survey perlahan². Cuma pesan sahabat ditempat kerja yang juga mengasaskan pusat Tahfiz, Hang tunggula anak hang pandai basuh sependar sendiri nak hantar asrama pun. hehee
Start tadika 6 tahun,kami cari tadika islamic TAJ Bukit Pasir Muar. Lebih kurang 13-15km. Adam setahun kat TAJ,manakala adiknya Mirza Fahmy 2 tahun disini. Dalam setahun Adam dapat khatam Al-Quran bermula dari Iqra 1. Allahuakbar. Perjalanannya sangat mudah. Minatnya, bakatnya dah mula nampak disini. Cikgu Latifah selalu beri maklum balas, Adam tak suka datang lambat sebab Adam akan baca Al-Quran sikit. Kalau datang awal dia punya senyum kemain.Dia suka ngaji. Kami cuma senyum gembira.
Sambung pula darjah 1. Kami mohon Sek Ren Agama Bersepadu Sg. Abong Muar. Interview, gagal. Mula buat rayuan. Mohon sokongan VVIP. Alhamdulillah dapat.
Setahun kami berulang alik. Sangat jauh. lebih 20km sehala. Ini yang kami cuba pahatkan dalam diri Zufar. Agama lebih utama, akhlak lebih terpelihara.
Setahun bertahan, akhirnya kami tukarkan ke sekolah biasa. Dua tahun. Mama dah rasa gelisah, cukuplah. Survey da buat. Umur terawal ke Madrasah 10 tahun. Ya, mama tekad. Tekad, tekad! Tahfiz!
( Tak sapa tahu, diantara doa mama di hadapan Kaabah 2 tahun lepas adalah semuga Allah menjadikan anakku Tengku Zufar adam seorang penghafaz Al-Quran yang fasih lisan & kuat ingatan )
*walaupun masa ni halatuju Adam masih samar², tapi mama yakin Doa di hadapan Kaabah dimakbulkan Allah.
Harini, mama syukur. Perjalanan ke madrasah dipermudahkan Allah. Semuanya lancar. Adam pun senang.Mama pun tak meratap kesedihan.Alhamdulillah. Mama lebih tenang. Allah lebih berkuasa nak. Allah sebaik² perancang.
Mudah² an, anak mama Tengku Zufar Adam kuat dah dapat menghafaz 30juzuk dan menjadi syahadah. Menjadi huffaz yang berjaya dengan cemerlang. Menjadi anak yang soleh dunia &; akhirat.

Mama tinggalkan Tengku Zufar Adam dengan penjagaan Allah s.w.t untuk belajar dan amalkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Lillahi Taala. |
Titanium Spade | Tits of the Stone - Stainless Steel
ReplyDeleteW. Steel titanium wood stoves - Titanium Spade - titanium tube Stainless Steel, 1" (1/5") - 7 Ounces - Stainless Steel, 8.0" titanium 200 welder (3/4") - 5 Ounces titanium ring for men - Stainless Steel, 4.6" (5/4") - 9 race tech titanium Ounces - Stainless Steel.