1/12/2016 Umrah Pertama Kami
|
Sama pulak flight & agensi kami.. Cantik betul Raja Farah ni... licin je kulit dia.hehe.. Baby pun Comel. Teringat kat Baby Maryam kene tinggal.. Baby Maryam masa ni lebih kurang 9bulan. |
|
Saudara yang sanggup teman kami sebelum depart.. |
Pihak Elizzah ada menyediakan transport dr lokasi.. dr Jb ke
Klia.banyak la tempat transitnya. Cuma kami bawa kenderaan sendiri. Sebab nak
tinggalkan anak2 di kampung Melaka. Bus tu dah termasuk dalam pakej.
Kami decide anak2 lelaki ikut Mok (Mak suami) balik ke
kampung Terengganu. So anak2 perempuan akan dijaga oleh Makngah Salmiah di Melaka.
So 1/12 tu kami bergerak dr Melaka 6.30 pagi ke KLIA. Masa nak keluar dari
rumah, Maryam dah bangun. Aisyah, Amanina pun dah bangun. Semua Nampak ok
aje.Mama takde la perasaan syahdu sangat nak tinggalkan anak2 tu, lagi2 mak
ngah yang jaga. Lebih perasaan excited nak menjejakkan kaki ke Mekah aja..
Dijadualkan jam 10 di airport. Kami antara yang pertama awal
sampai di airport dari group selesa elizzah 1.12.2016. Dalam 15 menet barulah
geng2 ngan bas sampai. Ada sedikit taklimat dr pengurusan elizzah dan
pembahagian bag silang,bag kasut dan receiver. Diberitahu juga penerbangan
ditunda ke jam 4. Kereta yang kami bawa, kakak ipar bawa balik ke Shah Alam..
Kami, menunggu utk berlepas jam 4 nanti..
Dalam flight, masyaAllah. Tak pernah naik flight macam ni
lama kan. Paling kuat pun 2 jam lebih. Kali ni 8 jam. Pusing2 tak sampai
lagi..pusing kiri pusing kana tak sampai. Makan tdo makan tdo… sampai pergi
toilet 2 kali.saja ja sbb dah penat duduk sebenarnya..
Dalam flight kami suami isteri terpisah. Sy dapat duduk seat
sederet berempat tu. Tp yang ada passenger hanya 2 org. 2 lg free seat. Xde orang.
Husband pulak kat belakang. Bila saya saja lalu
kat dia masa g toilet mmg padat tempat duduk kat belakang. Full seat.
Kat sini kami da Berniat umrah di dalam flight. Kami dah
tertakluk dengan pantang larang ihram 1 jam sebelum departure.
2/12/2016( Jumaat)
Alhamdulillah selamat mendarat di Jeddah dalam jam 11 malam
mcm tu(waktu Arab Saudi). Sampai je kami terus keluar cari surau utk solat
jamak. Lepas tu naik bus pulak utk ke Mekah. Perjalanan lebih 2 jam. Sampai di
hotel sekitar jam 2. Siap bagi bilik dan membersihkan bilik, kami berkumpul jam
3 lebih utk memulakan umrah yang pertama. Oleh kerana jemaah kami ada yang
menggunakan wheelchair, so masa tu drag smpi jam 4.Ustaz pesan akan berkumpul
jam 3.30 utk bergerak bersama2. Jam subuh 5.30 mcm tu.
Cukup semua jemaah ustaz bawa kami terus masuk ke masjidil
haram. Masa melangkah doaku tak putus2. Semuga Allah permudahkan urusan kami,
permudahkan langkah kami dan menjadikan kami tetamu yang paling istimewa dalam
menunaikan ibadah ini.
Sebaik melangkah ke masuk ke masjid, hati ni berdebar2.
Dimanakah qiblat ku… tak sabar nak melihat. Di hujung2 kelibat mata sy dpt
melihat kain hitam disayup2 mata memandang. Hati da mula sebak. Ya Allah,
syukur padamu dipanjangkan usiaku..diberikan ku rezeki utk menjejekkan kaki ke
tanah suci Mu.
Ustaz Khalid selaku mutawwif kumpulan kami.. Kami berkumput
terus membaca doa bersama2. Doa melihat kaabah. Seterusnya doa melakukan tawaf.
Kami terus melakukan tawaf di tingkat atas bagi laluan yang berkerusi roda.
MasyaAllah.. memang tak fakir apa dah masa tu. Langkah kaki terus melangkah..
betapa besarnya lingkungan tawaf kami.. ada yang mengatakan 7 kali pusingan
tawaf di bawah/dataran bersamaan dengan 1 kali pusingan diatas. Yang ni anda
boleh cuba kalau nak rasa jauh ke dekat.hehe..
Cukup 5 kali tawaf, kami stop utk ready solat subuh. Selepas
solat subuh, kami menyambung lagi tawaf sebanyak 2 kali. Sebelum mulakan saie
ustaz ada bgtau yg nak minum air zam2 boleh. Aku pun mmg terasa kehausan, terus
ambil air segelas dan berdoa..
“Ya Allah.. ini merupakan air zam zam pertama
yang membasahi tekak ku di bumi Mekah, jadikanlah ia penawar dahagaku di padang
Mahsyar nanti..”
Ini doa yang saya dapat dr Blogger Sally..Doa dalam buku
juga tak lupa sy bacakan.. Selepas tu kami pun bergerak ke Mataf utk saie dan
tahallul. Allahuakbar.. kepenatan mmg sangat terasa kat sini.. Bermula dari
bukit Safa sehingga ke Bukit Marwah 1 kali..Marwah ke Safa 1 dan akhirnya di
Marwah. Begitula pusingannya sebanyak 7 pusingan..
Waktu melakukan saie, airmata tak terbendung. Ya Allah..ini
hanyalah dugaan ku yang kecil utk ku. Betapa besarnya pengorbanan Siti Hajar
diwaktu dulu yang tiada aircond, tiada tiles ketika memanjat bukit safa &
marwah mencari2 bantuan untuk mendapatkan pertolongan & ketika itu anaknya
diletakkan berhampiran dengan Kaabah. Ya Allah.. Betapa jauhnya kedudukan
kaabah & bukit safa& bukit marwah dikala meninggalkan anak yang kecil.
Sucinya Pengorbanan mu itu..
Hati berbisik, Ya Allah..terima lah amalanku insan yang
kerdil ini Ya Allah. Air mata menitik lagi..
Diwaktu melakukan saie ini, aku menggenggam erat tangan makcik
Saminah. Makcik ni bawa anaknya yang menggunakan wheel chair. Anaknya merupakan
Ibu tunggal & seorang guru. Tetapi menghidap sakit kulit . dalam flight mmg
saya dah Nampak akak ni sngt uzur. Makcik saminah ni yg banyak bantu akak ni
nak bergerak. Mungkin kehadirannya ke tanah suci membuatkannya pulih. Berkat
doa di tanah suci kan.. Kuasa Allah. Siapa yang tahu.
Ehh da masuk bab lain pulak.hehe
Waktu saie, bila nak mendaki bukit saya menggenggam dengan
kemas sambil spt memapah makcik ni. Saya tahu, sy yang muda ni pun tak larat,
apa lagi makcik ni yang da lebih 60 thn. Memang sangat terasa kepenatannya
selepas melakukan tawaf di tingkat atas dengan perjalanan kami dr Malaysia hari
sebelumnya. Allahu…
Selesai sahaja saie, kami berkumpul lagi. Sebab semasa lampu
hijau,jemaah lelaki dah berlari2 anak. Tertinggal kami yang wanita ni.. sebaik
selesai 7 pusingan kami berkumpul di Bukit Marwah utk bertahallul. Selepas tahallul
kami bersama2 membaca doa tahallul. Ustaz pun berpesan, slps tahallul &
sblm balik kita bersalam2 an sambil selawat..
Tak tergambar dengan kata2.masa ni hanya air mata menemani. Sebaik
salam bersama jemaah kumpulan kami, masing2 menitiskan airmata. Sebaik mencari
Makcik Saminah utk bersalam, kami menanges teresak2 macam budak kecik sambil
berpelukan. Hampir 2 minit kami berpelukan sambil teresak2.. makcik saminah
siap cakap, “terima kasih tolong makcik tadi”
Lagi airmata aku ni laju membasahi.Masa ngah taip ni pun
saya tak tahan dah ni.. jatuh lagi air mata ni.. terasa sangat2 keberkatan
umrah..pengorbanan umrah pertama ni.
(Bukan pujian yang saya minta, tapi sy mmg cair bila dengan
orang tua. Teringat kat arwah mak. Macam mana dulu dia kerjakan haji diwaktu
usianya spt makcik saminah)
Selesai semua, kami beramai2 balik ke hotel utk sarapan. Alhamdulillah
selesai umrah pertama kami.
Ini Pengalaman yang sangat2 berharga yang akan dikenang
sampai bila2…..
Harini aktivi boleh kata bebas, berehat seketika setelah perjalanan jauh.Waktu zuhur,
sy ambil kesempatan ikut suami solat jumaat. Tak pernah dalam hidup solat
jumaat. Pengalaman baru.. Amalan yang baru. Harini aktiviti menziarah sekitar
masjid selepas asar. Ustaz membawa kami mengelilingi masjidil haram.
Menunjukkan kawasan2 bersejarah zaman nabi s.a.w..Barulah kami tahu yang tapak
bangunan kfc adalah bekas tapak rumah Nabi s.a.w
Pada malam hari, ustaz membawa jemaah yang cergas utk
mendaki jabal Nur’.Saya memang tak naik la..nak naik tingkat 4 pun dah
mencunggap2.. dalam jam 10 lebih, kakak dalam bilik bgtau.. Kak Nita meninggal.
Ha?? Siapa? Tertanya2 pulak siapa. Diakatanya kakak yg pakai wheelchair tu. Dia
bgtau sbb kt group whatsapp meminta ustaz Khalid balik segera ke hotel sbb
jemaah group selesa meninggal. Masa ni sy tak terfikir nak mencari bilik makcik
saminah. Tak tahu nak buat apa. Ye ke tak, ye ke tak. Maklumla baru 1 hari
jumpa belum saling mengenali kami ni..