14 June 2015

Kota Kinabalu

Allahuakbar...

Keluar je kt media sosial mat salleh 'naked' kt puncak kinabalu,hati aku berdetik..Astagfirullahalazim.. mesti ada hikmah yang dtg ni.... MasyaAllah..betul jangkaan aku.. 

petikan dari met.gov.my :


05/06/2015 08:26 am Ranau 6.2°N 116.4°E 3.3 Weak 22km south Kota Belud
 05/06/2015 07:56 am Ranau 6.2°N 116.4°E 3.6 Weak 22km south Kota Belud
 05/06/2015 07:47 am  Ranau 6.1°N 116.5°E 3.3  Weak25km northwest Ranau   
 05/06/2015 07:30 am  Ranau 6.1°N 116.6°E 3.2  Weak 16km northwest Ranau
 05/06/2015 07:28 am  Ranau 6.1°N 116.8°E 3.5  Weak 16km southeast Ranau
05/06/2015  07:22 am Ranau 6.1°N 116.4°E 3.3 Weak 25km southeast Tuaran
 05/06/2015
 07:15 am
 Borneo
 6.1°N
 116.6°E
 5.9
 Moderate
Borneo.16km northwest Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau,Tambunan,Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud,Sabah.


Dalam gempa bumi lalu yang berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura turut terkorban di Gunung Kinabalu.

Lebih daripada 130 orang yang mendaki gunung itu terkandas, tetapi kemudiannya diselamatkan. 



Sepanjang aku pernah menjejekan kaki kat malaysia ni, terengganu is my 1st choicce, 2nd Sabah dihatiku.. yea.. Keindahan yang Allah ciptakan berada disini. Bila kejadian gempa berlaku, mmg aku rasa sikit sedih, kesian kat rakyat kat sane.Macam mana la naseb mereka..
Bagaimana pula keadaan mukabumi yang indah di mata aku..Masya Allah..sungguh indah...

Aku cari entry KK..owh..aku x sempat nak create.. aku pun x bape nak ingat story2 ni.lagi-lagi masa sngt x mengizinkan.tp bila aku buka album Sabah dihatiku.. Aku terus create entry Sabah ...


Apa kabar orang kampung??

yang tlg snap pic ni mmg profesional ar..sbb kamera dia lg besor dr aku nye kamera..dia yg tlg amekkan..bila tngk result sngt awesome pic ni...


Here, Simpang Mengayau Sabah 

sngat istimewa..sekejap je matahari menenggelamkan diri

tak terungkap dengan kata-kata



kami disini.... Tip Of Borneo

KeindahanMu tidak terucap ..Subhanallah...


Solat Dhuha

Sedikit perkongsian untuk semua & juga untuk diriku..


terima kaseh http://himpunandoa.blogspot.com atas ilmu ini...


 Waktu Mengerjakan Solat Dhuha

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

 Jumlah Rakaat Solat Dhuha

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-SyamaailBab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’ifWallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Doa Selepas Solat Dhuha
اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقي فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. Allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassarhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ‘ibadikash shalihin.


Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

07 June 2015

Pulau Perhentian :: Part 3

bila lama tinggalkan edisi mengarang, makin loose memori aku nih.....
kesungguhan menaip pun da semakin kurang..
demi perkongsian maklumat utk semua..aku gagahkan jugak la.(aku pun biasa da buat keje baca blog org nak cari maklumat) ...atleast anak2 aku leh belek2 bila dia besar nanti InsyaAllah ...

Day 3:
fisherman village

Pagi ni aku memang plan nak ke Fisherman Village kt perhentian kecil.Nak sarap n saje nak meninjau apa yg ada disana..nak tengok suasana kat sana..kami naik taxi boat RM5/dewasa..anak2 free.. mmg bnyk bot2 berlabuh dikawasan ni... kitaorg pun makan la kat warung depan balai polis..skdr nak alas perut ok la..dr segi rasa..errmm seme nye manis belako..hihi..jgn mara..
masa makan laki aku ckp.. suasana kat sini macam kat lake toba kan? sblm tu aku da rasa da... dia buleh pulak ckp cmtu.aku pun jwb..haah la..dengan bau nya...(bau minyak bot) pastu laki aku pun gelak besar..ye ar... dia siap ckp..orangnye pun mcm org kt lake toba...hihi ( lake toba ni danau kat Medan Indonesia) ..tp serius,baunya menginggatkan dgn suasana di lake toba...terus rasa nak g sane..erghhhhh
Lepas makan,kami anak beranak posing la bagai kt kmpg tu..pastu kita org pun cari la taxi2 bot yg leh bawa kami ke perhentian besar..
#agak susah jugak nak cari taxi ni...aku dengan muka x malu selamba lambai2 tngan tunjuk pulau sebelah sane kt mane2 bot yg lalu depan aku.xtahu la kalau aku x melalui kaunter bot yg ada kt jeti tu. sbb nye aku tngk kaunter tu pun kosong xde org..

bila smpi kt chalet, kitaorg g jeti lagi kasi makan ikan..pastu balik bilik nak kemas2..anak aku da berlari2 nak mandi laut lagi.aku pun kasi chance sbb da nak checkout jam 11 am. aku kt bilik pack semua brg2.da siap pack baru panggil anak2 mandi air paip.
jeti lagi bagi ikan makan..

bila nak balik masing2 seme bad mood.paling menusuk kalbu bila kat jeti memasing tengok kt bawah, nengok org swimming/snorkling/terjun dr pelampung.. panggil2 nak amek gambor pun xnak.. ye nak..dlm ati mama InsyaAllah,ada rezki sihat tubuh badan kita dtg lg sini...
memasing membawa diri...keciwa nak balik...sedey je tengok orang lain snorkling


for day 3 xde yg best..smpai harini da seminggu,bila ckp pulau je memasing cepat je angguk pala nak g lagi..hehe..Doakan mama sehat ye...dimurahkan rezeki kita dtg lagi..


::Tips pulau perhentian:: 
(berdasarkan pengalaman aku ye yang anak ramai ni)

# Nak pakai pakej pilih la betol2 berdasarkan harga yang ditawarkan.. aku lebih prefer bergerak sendiri je sbb suka hati aku nak mkn kul bape, nak jenjalan kul bape..bila anak ramai ni lain macam skit schedule nye..yang kene la buat itinerary sndri yek..



# Sila la booked chalet mane yang berkenan dihati. mcm aku mmg 3 bln awal aku da booking abdul chalet sbb pantai yg sangat dekat dgn chalet..nk snorkling pun dekat xyah nak naik bot g jejauh

# Rancang perjalanan sebaiknya. seeloknya naik bot ke pulau awal, before 1pm.elakkan di waktu petang. biasanya ptg ombak agak kuat. pandangan aku la...

#rajin2 la pusing2 kawasan sekitar utk nego snorkling price.. banyak yang menawarkan pakej yang sama tp harga lain2.so make a perfect deal..(aku dpt 1 boat utk family aku je..baru syok)


# Bawalah makanan spt roti,biskut, air kotak, instant,mineral dan keperluan anak kecil. yang ni mmg aku hangkut mcm2.meggi cup x terkecuali.nutella pun aku bwk tau..cawan plastik x terkecuali. aku mcm was2 nk guna gelas kt cni. sbb aku nengok mat salleh selamba je minum arak pkai gelas kt chalet ni..erghhh...
-roti nak bg ikan pun bole anak nk mkn pun bole
-roti & air kotak aku bw mse nak g snorkling
(aku xde la nk budget sngt,tp kekadang selera anak2 ni lain macam bila da nampak air lupa lapau bagai...yg penting bawa duit lebih dr budget)

# kt chalet ni xde kettle ok. klu family besar tu bawaklah kettle sndri,instant or dapur portable pun ok. nak jimat kan klu da ramai sngt..

# Bawa la peralatan terutamanya kamera underwater.yg ni memang aku meraung. aku x beli2 pun lagi..(gopro diawang-awangan.hihi) ..aku pkai casing plastik utk ipon aku masuk dlm air.tp aku x brani masuk sepenuhnya.half je celop dlm air.haha..tak pun tnye la boatman jika dia menyediakn servis ambil gambar ketika snorkling.

#jgn lupa sunburn lotion.ni penting. aku ni jg kempas kempis sbb beli utk adult nye n child nye lotion... xpe la...lenkali xyah beli lg..

#ni tips penting.jenuh aku cari x jmpe... klu nk bg ikan roti x tahan jugak weh.. hancur2 kan la beskut dlm botol cap badak ke.. ape ke & tebuk la keliling spy senang beskut tu keluar.boleh guna time snorkling..lmbt skit abes..


biskut dlm botol...klu rasa besar pkai la botol comel skit...
# jaga etika & tatasusila,sila patuhi peraturan maritim.. beramah mesra la dengan org sekeliling.. sopan santun budaya kita..xrugi mana pun.
kami anak beranak je ..







04 June 2015

Pulau Perhentian :: Part 2


Day 02

Lepas subuh aku da xleh nak lelap...abahnye smbung tdo aje....aku lepak je depan bilik snap sane snap sini.. japgi anak pun bangun. aku ajak fahmy jalan2 tepi pantai..posing dlm bot bagai..pastu terus ajak dia bekfes kt cafe abd chalet je. sbb time ni bnyk lg yg x buka kedai... 


aku pun hode la roti canai. ala carte. RM6 eh.. air milo panas RM4. tertelan jgk air liur tp xpela sekali sekala..aku g vietnam pun lg mahal dr ni.. ingat anak2..sekali sekala aja... klu kat darat korang nk bedal bnyk2 pun xpe..hahaaa .. bila roti canai dtg, oooo patut la rm6..rotinya 2 keping. ok jugak la..kuahnya pun sedap...sedang elok aku ngan fahmy mkn, aisyah pun keluar bilik jerit mama..mama...haha..meh nak .meh kita makan ni..pastu sorang2 dtg..aleh2 abahnye pun dtg dengan senyum lebau ..hahahaaaa sorry la ye..lambat tinggal.ai mkn dulu....hahaaa



sedap kata budak ni.hahah siap nak tapau..ampunnnnnnnn


Lepas breakfast, tukar baju kitaorg da menuju ke bot utk aktiviti snorkling.. yang ni memang aku main redah. tnye kt abdul chalet dia nak RM40 dewasa RM20 kanak2. aku kene 2 dewasa 1 kanak2 shj.tapi katanya boatman xde. pukul 2 lebih bru boleh. aku pun ckp kalau boleh sy nak pagi ni sbb nak kejar masa.aku x nak tanggung risiko, takot ptg ombak kuat...takott.....
"xpe lah kak, sy tnye tpi2 ni je la ye..boleh x? "
"bule dik"

aku pun tngk yg betul2 tepi abd chalet ni tutup.. aku pun jln dpn skit.. ada Nia Cafe & ada boat utk snorkling.aku pun tnye.. dia ckp price RM35 dewasa, anak2 akak free la..yes..yes...oo adik bersedekah pagi2 jumaat ni ye...hehehe...  dia kata 4 point + equipment snorkling.. ok la dikira murah la jugak...
ni ha cafe Nia...
 aku rasa ni plg murah..tp xde rezki dia..dr khamis petang x nampak batang hidung.....ni betul2 sebelah abd chalet..
eh..cmne la leh sesat gambor ni... tp, nk bgtau ni la harga yg tuna tawarkan...pilihan di tangan anda...
1st Point :: Turtle Beach..
View Turtle Beach...
sbnrnya ni adalah sebahagian dr pantai dimana penyu2 akan naik untuk bertelur.. sbb tu dinamakan turte point. padahal org dtg sini nak snorkling..hihi tu yg aku ada sikit heran....



gaya je lebih ni..

ni sikit2. je.. point pertama utk snorkling.. boatman siap ckp, abe snorkling kawase dinu aje ..heheeee
Point 2 :: Turtle Point
turtle point ni betul2 hadapan Perhentian Island Resort..

kata adik bot tu, ada 2 point penyu tp 1 lagi point  tu adalah laluan utama bot2.. so sngt x safe...sampai kat sini adik ni siap terjun dlm air nak tengok ada penyu ke tak.kalau ada dia bgtau abe bule turun tengok penyu.. kalau x pun dia guna skill memanggil penyu naik ke atas..haha tu aku memang x tahu dia buat mcm mana...mmg banyak kata laki aku. ada berpasang2an..ada sekor..ada beso ada kecik... yg best adik tu siap ckp, "akak ready deh.penyu nok naik doh tu".. aku pun apa lagi..klikk..klikk..klikk...haha ngalahkan profesional konon..chaitt.... adik ni pun bagus..siap tarik bot ni kalau jauh ngan penyu..sbb aku ngan aisyah,adam n fahmy x turun..dia beriya menarik bot dlm air nak kasi kami anak beranak nengok penyu.. na..na..na... na...na...penyu telor...hahahaha




ha...tu dia penyu naik doh...nampak..nampak...ini je yg terbaek yg sempat aku snap... hohohhh..rezeki rezeki


 Point 3 :: Fisht  Point..

dr pemahaman aku la, point2  yg hot ni kebanyakan nya di pulau besar. tempat nya saling berdekatan. Romantic Beach aku x tau kat mana. Cuma aku nampak pulau rawa & lighthouse(tempat org lompat dlm air yang sngt tinggi tu..erghh) berdekatan dengan pulau kecil. bila tengok dlm map, alehhh dekat aje.. tapi bila da naik bot...Ya Ampun... lagi2 aku yang ada anak kecik ni..takut aje dia tercampak dlm laut..Nauzubillah..tp lebih baik berhati2 sebelum terkena kan...

yang tanda star tu tempat yg kitaorang pergi.. disebabkan faktor usia yg makin meningkat aku x ingt fish point kat mana..yang pasti selepas turtle point -depan PIR 

Ampun nak, mak lupa kat mana fish point... kat sini boatman cakap, dlm tahun ni, trip kami anak beranak dalam satu bot adalah kali ke 2 dia jumpa air sejernih tu.(masa tu dia sembang ngan boatman lain) aku pun tnye, yeke? ke korang double meaning?kehkehkeh..masa ni amanina ngan abahnye da terjun da..zufar adam pun..haaaaa..zufar ada 1st time terjun laut tau. aku pun mcm x caya dia kata dia nak turun dlm air.aku sikit punye cuak weh.. budak ni penakut dia banyak( dulu kala la) tup2..mmg sungguh dia turun. siap kuak lentang bagai. tp yg kelakar dia xnk pkai snorkel.. kalau la dia tahu betapa dalamnye tempat tu sure gile dia xkan turun kot.hahaha... aku pun x tahen jugak org snorkling aku asik dlm boat aje. aku pun cube le nak turun walaupun aisyah masa ni meraung2 panggil aku.. abah take over jaga aisyah.aku pelan2 turun. hadooo nape la ko punye tangga ni kecik nau dik..x muat montot akak yang besor ni.. aku takut nk terjun... aku pun turun la..aku ni mmg penakot gile. turun dlm laut tp tangan x lepas tangga/boat.. aku pun snorkling le tepi bot tu..Masya Allah..cantik sungguh.patut la boatman tu ckp jernih..mmg nampak terumbu karangnye..ikannye..tp yang malang aku takot nak g jejauh..haha aku siap dengar adam gelakkan aku.."Apa la mama ni, da besar pun penakut" haha...mak redho je nak ko nak cakap ape.. aku x lama..dari dengar aisyah menangis aku pun naik smula dlm bot.. mase nak naik, tersenget2  bot tu haha...berat melebihi kapasiti..harap la maklum.kikiki.... 


da mula turun dengan penuh keberanian...

haha...cuba melarikan diri...kene sabotaj ngan mama...baling  roti dekat ngan dia..hahaaaa.

asal kabur lak ni..haishhhhh


Point 4:: Shark point

lepas ni  kitaorang ke shark point pulak. masa ni ombak da mula bergelombang skit.. aku da terhuyung hayang dlm boat. abah je turun tngk shark. mmg best ar boatman ni. siap parking 2x semata2 nak cari tempat yg bnyk shark. masa ni mmg aku x pegang camera or handphone. aku ralit pelok anak je takut dia terlepas... laki aku turun kejap je tngk shark sbb dia takot...haha dia kata bnyak shark.ada segerombolan 3 ekor..ada yg sekor2.. nak2 kaki dia ada terluka kene coral, lagi dia cepat2 naik.hahahha hahaa

Point 5:: Air Sejuk/ Lata Air Berani

adik boatman yg bawak kitaorg..dia kata kita mandi air sejuk.aku ingtkan ape la yg sejuk. masa kitaorg smpi sini..xde org pun.kami anak beranak je... gupenye dia bawa g mandi air mata air..sememangnya sngt sejut... anak2 aku yg lain x teruja pun.deorang lg teruja nak mandi laut....hahahaa




sejukkkkkkkssss
cantik pantainyer....


Lepas dr sini kitaorang pun blk cepat sbb hampir jam 12 lebih. laki aku kene g solat jumaat.. dia naik taxi boat..rm5 sehala..sementara dia g solat, kami anak beranak sambung lg mandi depan chalet..jadi hitam legam dibuatnye...

Masa ni aku ckp kat anak,mandi puas2 esok kita nak balik da..arrr sedey je....
abah balik solat..layan anak2 makan maggi. ni mmg aku bw dr darat lagi.. just mintak air panas kt cafe je..kul 3 aku suh anak2 mandi air bersih n tdo kejap..deme tido aku laki bini g jalan2 tepi pantai..mak lapo nak.hahaha...

xlama kita org balik,anak2 aku da terjongok depan pintu panggil mama..mama...haha..masing2 cepat2 tukar baju terjun lagi mandi.. mandi2...
port paling aku suka adalah dkt tangga jeti.anak2 leh terjun sesuka hati..aku kt tangga leh bagi ikan makan sesuka hati..
ho,lupa..masa anak2 tdo aku ada buat makanan utk ikan memandangkan roti yg aku bw hampir ketandusan. aku beli biskut RM7 sepaket ok. Mak makan biskut 3 hengget lebih je,ikan makan beskut RM7  nak...hahaa

ini pun aku dpt inisiatif dr adik yg aku jmpe kt turtle beach.dia hancurkan biskut dlm botol cap badak n dia tebuk dgn paku/hujung gunting dikeliling botol tu.. jenuh aku hancurkan biskut ni ngan laki aku tau..dapat la 2 botol.ni la yg aku bw p kat jeti... 
ni biskutnya...ni pun berebut.anak 4 tp botol 2 je..

mama nak perasan jap.anak2 tdo boleh la...

serius benor abah ko....

cheessssssssssss... nyawa aku...


lepas maghrib, aku mkn kt cafe abdul chalet lg.kali ni aku oder sop ayam yg sedap tu..telur dadar...sotong. standard sekali makan kami anak beranak RM60-RM70...

Lepas aku solat isyak, aku bukakan laptop movie frozen yang entah keberapa kali...anak2 semua layan.last2 aku tdo dlu dr anak2.hahahaa



#sekian utk Day 02 entry..kita sambung day 03