21 October 2013

Masa Subur Wanita Cara Nak Tahunya dan Tip Mendapat Anak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

firstly terima kasih kt  http://www.myukhuwwah.com  sharing info ni..sejak² ni ttba aku excited kt info² maternity ni.huahuahua...
actually, kenala selak² info yg da lama ku tinggalkan ini. :-) purposely for new BB la kan..
ha, setelah 4 tahun aku tinggalkn  info ni.haha....konon...

here, info yg dapat ku cedok.harap halal ye tuan tanah..Sharing is caring kan..

"Sebagai wanita saya faham perasaan teman-teman
yang telah bergelar isteri, pasti inginkan anak dari perkahwinan yang
dibina. Namun, bercakap soal anak, ia adalah ketentuan dan rezeki
daripada Allah SWT. Pasti ada hikmah atas sesuatu ujian yang Allah
berikan kepada hambaNya yang beriman. InshaAllah.
Bagi pasangan yang mempunyai anak-anak pun, masing-masing ada ujian dan
dugannya juga. Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya
sebahagian dari
ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya.
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di
akhirat.
Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh
zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan
perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku
itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Renungilah kisah Nabi Zakaria di dalam AlQuran, walaupun usianya
telah tua dan isterinya pula mandul tetapi atas berkat usaha, ikhtiar
dan berdoa akhirnya ALLAH SWT telah kurniakan anak untuk mereka berdua.
Sebenarnya ada banyak cara untuk kita berusaha agar hamil. Dan semuanya bukan
senang..Kita kena banyak sabar.Memang sabar itu pahit dan payah, namun
sebagai hambaNya, kita perlu sentaisa suburkan rasa sabar ini.
Kalau kita dah usaha, dah doa tapi Allah belum izinkan kita punyai zuriat,
sabar dan redha adalah jalan terbaik. Pasti ada hikmah di sebalik ujian
yang pahit ini. Allah pasti tahu apa yang terbaik buat kita.
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat
bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka
kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan.
Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan
ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Kadang-kadang apa yang kita nak, kita dapat dengan mudah di dunia ni.Kadang-kala
benda yang kita tak mahu, itulah yang kita dapat di dunia ni. Kedua-dua
situasi ini, sebagai seorang islam, kita perlu hadapai dengan sabar dan
redha serta syukur.
Hikmah tu kadang kita tak tahu masa
hidup di dunia ini. kadang kala bila kita dah kembali pada Allah
barulah kita tahu apa hikmahnya.
TIP DIPERMUDAHKAN MENDAPAT ZURIATDalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.1) Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa sentiasa kepada Allah SWT.
Allah SWT itu mengerti dan memhami bahasa yang digunakan oleh hambaNya yang
berdoa kepadaNya. Bukankah doa itu senjata orang mukmin?
Daripada Syaidina Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Doa adalah
senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit
dan bumi.(HR Hakim)
Mari kita lihat Kisah Nabi Zakariya yang memohon doa pada Allah agar dikurniakan zuriat:A
yat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau
sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan
daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua
sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi
Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung
zuriatnya.
Jika kita berdoa dalam Bahasa Melayu pun tidak
mengapa. Maka, memohon doa ini bukannya hanya dalam bahasa arab bahkan yang
paling menyerap adalah dalam bahasa kita sendiri kerana Allah SWT Maha
Mengetahui setiap sesuatu kebiasaanya apa-apa saja yang kita terlintas
di hati dan kita ada idea atau ilham untuk memanjatkan doa, rasakan
seolah-olah anda sentiasa bersama Allah SWT setiap masa,
berkomunikasilah dengan walapun di dalam hati setiap masa dan di mana
saja.
Berdoalah dengan penuh yakin, mintalah dari Allah sesuai
keyakinanmu akan kekuasaanNya. Percayalah bahawa Ia Maha Kuasa atas
segala-galanya.
Namun, adab berdoa mestilah kita jaga. Janganlah
berdoa tanpa adab. Macam kita nak jumpa pembesar kan, kita aada
tatacara nak jumpa pembeesar. Apatah lagi ini kita nak berdoa, nak mohon
hajat kepada Tuhan Penguasa Alam Semesta, Tuhan yang Maha Esa, Allah
SWT.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah
dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut.
Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat
kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
2) TAHU WAKTU SUBUR WANITA ISTERI
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Kenapa kena tahu?
Sebab pada waktu subur
ni la ovari kita akan keluarkan telur untuk disenyawakan dengan benih
lelaki. Jadi faedah kita ni sebagai wanita tahu waktu subur secara umumnya ada 2 sebab:
Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.BILA WAKTU SUBUR NI?Biasanya Waktu subur adalah HARI KE-14 SEBELUM Hari pertama kedatangan haid bulan yang seterusnya. 1ST DAY PERIOD BULAN YANG SETERUSNYA.
Setelah anda faham kitaran haid yang DITERANGKAN DI BAWAH, waktu yang terbaik untuk
bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana
ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum
hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk
mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah
timbulnya masalah mengira waktu subur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu
dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat
adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan
yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan
(setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama
3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum
waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk
telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu,untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau
siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15,
16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya
period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah
pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa
bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur
adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MARI KITA FAHAMI FASA KITARAN HAID KITA Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah
haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia
adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia
perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk
mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di
dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen
meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding
rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,
telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.
Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan
mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur
ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.
Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke
rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur
dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron
dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding
rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada
persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah
celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika
terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing
wanita.

3) JAGA EMOSI
Ramai orang yang saya jumpa beritahu antara tip supaya mudah hamil ialah
wanita itu mestilah bukan berada di bawah tekanan yang melampau atau
kerja yang banyak sampai tak cukup tidur waktu malam.
Contohnya,
Jika kita lihat orang bawah kita atau kawan kita tu tiada anak,
janganlah pula asyik dia je yang nak kena buat tugasan seperti bawa
balik data tertentu untuk ditaip balik dalam komputer semasa dia nak
balik rumah yang mana kerja tu dia terpaksa bersengkang mata waktu
malam. kalau sekali dua mungkin boleh lagi tapi kalau asyik-asyik dia
je, kasihan dia.
Menjaga emosi
sangat penting kalau
mahu hamil. Kalau setiap hari asyik berada di bawah tekanan je memang
susah la nak lekat. Atau dah lekat, lepas tu kita dirundung dukacita dan
eksedihan melampau, 'bayi' yang baru nak lekat tu, boleh keguguran.jadi, Eloknya kita kena tenang terutama dalam zon subur ...jangan terlalu stress. 
4) AMALAN PEMAKANAN
   1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
   2. Buah Delima
   3. Buah Zaitun
   4. Buah Kurma
5). Jauhkan dan cubalah elakkan dan berpantanglah dari memakan makanan
yang masam, nanas, minuman bergas. Ringkasnya makanan dan minuman
berasid elakkan.
Rajinlah mengambil makanan laut, ambil makanan tambahan supplements. Salah
satunya spirulina halal muslim. Ambil secara tetap setiap hari. Rajinlah makan
sayur dan buah² buahan. Manakala di pihak suami banyak makan berasid seperti daging dan ayam.

6). Jangan minum ais dan minum air kelapa5) AMALAN CADANGAN DI PIHAK SUAMI1) 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli )setiap awal pagi.

2) Buat senaman batin tiap kali bangun tidur pada waktu pagi
6) TEKNIK BERSAMA
Teknik ni kena cari sendiri lah ye. Cuma nak kongsi satu je,.lepas "bersama", jangan basuh miss
V dulu. Tunggu dalam setengah jam (dalam keadaan baring terlentang).
7)PEMAKANAN TAMBAHAN HERBA           1)Ada beberapa pasangan yang berjaya hamil setelah si suami mengambil Qaseh Kekanda dan isteri mengambil Qaseh Adinda.
           2) Susu Kambing Al Khishbun


8)UJIAN KESIHATAN
 Berjumpa doktor...
Petua oleh Dr. Mohd Ismail Tambi dari http://www.timang.org/Kehamilan.htmUNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani
tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan
badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada
perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali
kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga
menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani!
Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani
ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang
akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan
selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan
ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi
ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung
faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu
subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa
keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah
petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas
kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar
wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak
bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat
pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa
resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.
ALLAH ALWAYS BE THERE
Kepada wanita-wanita di luar sana yang belum lagi dikurniakan zuriat, jangan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.
USAH
SEKALI STRESS. Berdasarkan pengalaman saya dalam sesi kaunseling dan
kerjaya sebelum ini, saya dapati Jika wanita itu ada masalah seperti
stres, atau tugasan yang terlampau banyak diberikan kepadanya, wanita
tersebut mungkin lambat hamil.
Jangan fikirkan sangat tentang masalah yang dihadapi. Cekalkan hati.
Tujuan
hidup berkahwin bukan hanya untuk dapatkan zuriat. Ada banyak benda lain
yang perlu dilakukan. Yang pentingnya dapatkan rawatan sama ada cara
tradisional ataupun moden. Tetapi, jangan sesekali lakukan rawatan
sendiri kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri.
Jika mengambil
ubatan herba atau jamu, pastikan kebersihannya terjamin agar tidak
timbul penyakit lain pula.

Jakarta Bandung 2013

Alhamdulillah..
akhirnya...sakit telinga semakin baik.50-50 nk joint trip kali ni. last decision pergi jugak. pasal kesian kt husband nk teman kakak n anak² sedara lak..x smpi hati dibuatnya... n now aku da 4bln peknen.

Entry yg x bape nk details.gambar pun xde.xsmpt lg nk save kt hard disk..
sesampai je kt Jakarta jam 4 pm waktu Indonesia..gitu gini kuar amek laugage jam 5. pak supir da tunggu..terus g solat..
bgtau pak supir jam 8.30 nanti mau dtg semula ke sini..ada jemputan yang harus di jemput. sementara nk tunggu tu kitaorg ke Thamrin city. pak supir ni mmg nak pedajal kitaorg. dibawanya jalan yg jem nk ke TC.ermm ada aku kesah? setahu aku ada je jalan lain..saje sbb awal2 dia kabarkan jalannya macet..tp aku ttp nak g gak. buat ape aku tunggu 3-4 jam kt airport ni. baik aku jenajalan...smpi TC bnyk yg da tutup. nk mkn kt D cost pun da tutup. lantak la. beli apa2 patut. Simpati..kasut still sempat lg rembat ok. haa...pastu terus ke airport jemput anak sedara aku yg flightnye delay...

Sampai je budak² tu terus kitaorg je Bandung.taklukan seterusnya.  sampai jam 1 pagi.. check in kt Patradisa Hotel. haha ada kawan aku kata tmpt ni ala² scary skit. gelap mcm tmpt hantu. ekceli dia tersorok skit. tp depan bilik ada la garden skit².. da penat..1 bilik Rp 250K.tambah 1 bed Rp30k. okla..nak tdo je kan. mcm bilik aku ok je. bilik anak menakan aku tu ada sempit skit bila tambah bed. Untuk pengetahuan Rp 30k tu siap bekfes eh.ok la...pagi da janji ngan supir jam 8.30 nxt trip utk ke Tangkuban Perahu..Strawbery Wisata..