04 November 2013

Mama rasa tak selesa??


Ini yg mama rasakan skrg syg... tp moment ni sngt best... perut gerak²..jalan nak ngengkang pun pedulik ape...hihii Now mama da 38week.. lg 7 ari 39 w.. wow....

 Melalui fasa kehamilan memang menyeronokkan tetapi ada banyak ketidakselesaan yang menanti saat melangkah ke trimester ketiga kehamilan. Ini bermakna anda semakin menghampiri garisan penamat sebuah kehamilan dan baka...l memasuki fasa baru kehidupan.

Antara ketidakselesaan yang kerap kali mengganggu wanita hamil pada trimester ketiga adalah seperti berikut:

1. Keletihan otot perut dan kegatalan kulit. Ia berikutan daripada pengembangan perut dan ligament di bahagian tersebut.

2. Sakit kepala dan sakit belakang. Dapatkan rehat yang secukupnya terutama jika anda berasa tertekan dan emosional.

3. Kepanasan melampau. Ia memang lumrah berlaku pada wanita hamil kerana tindak balas normal pada metabolik.

4. Lelehan payu dara. Kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payu dara ketika ini.

5. Sukarnya tidur lena. Kekerapan buang air kecil dan ketidakselesaan kerana saiz perut yang membesar biasanya membuatkan tidur malam semakin sukar.

6. Kekejangan kaki kerap berlaku terutama di waktu malam apabila anda tidak mahu diganggu.

7. Hidung tersumbat. Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung, hidung tersumbat atau berdarah.

8. Sesak nafas yang disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan pada pengaliran darah dan otot dalam paru-paru.

9. Buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum.

10. Lelehan air kencing. Dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar sewaktu anda ketawa, batuk atau bersin. Lakukan senaman lantai pelvik

Tanda-tanda nk bersalin 3rd precious

Alhamdulillah...
syukur atas Nikmat yang Allah berikan...segala dugaan yg di tanggung selama 9 bln ni da pun lahir..
x sempat la nak jadi org kemaman yer...
jadi org johor la jawabnyer
ikutkn kami akan pulang ke kmpg pada rabu 30hb oktober..tp x sempat da baby ni nk tngk dunia..
selasa da kuar....org2 kmpg pun da tau kitaorg nk blk bersalin kt sana....tp Allah lebih berkuasa...
Day 03
Day 05Day 03                                                        

Nak story skit pasal our new baby....


28 Oktober 2013 ( Isnin )

Aku kje mcm biasa...tp badan terasa la sngt berat...abaikn je -ve thinking ni... yela..da 9 bln..xkan makin ringan kot..apara..tp yg buat betul suspen..ha..ada kuar setitik dua tanda coklat ( mcm memula nk darah haid tu) ..xkn nk bersalin da..due lmbt lg ni.... lgpun x sakit lg kan,.mula la searchinternet tanda2 bersalin utk diri sndiri...balik keje badan mmg lemau da..leh plak tdo ptg tu..dr kul 6 smpi kul 6.45..ptg tu tngk ada lg setitik darah yg kuar...so..abaikn lg..smpi la mlmnyer tdo... rutin harian drumah spt biasa dpt dilakukan,,,

29oktober 2013 (selasa)

kul 3-4 pagi da terasa contraction...still leh lena lg tdo..smpi la subuh.nk solat tngk darah makin bnyk dr smlm mula keluar..keluar menyerupai apa yg d search smlm..so cnfirm aku nak bersalin ditambah pulak ngan contraction yg dtg...
kol 8 pg antar anakanda Adam ke taska spt biasa.adam balik nnt mnta cikgu tlg antarkan ke rumah if kitaorg bz d hospital..husband i..hehe..kenala cuti kan..xkan i nk drive kehulu kehilir lg...so smpt kitaorg breakfast dlu..kul 10 bergerak ke muar..perjalannan ke muar sngt la jauh ok..mau 35km... smpi bndr muar, decide ngan husband xnak g hspital awal.sbb cntraction x kuat sngt..so kitaorg g bank dlu..lepastu yg kelakarnya siap kami tdo dlm ketekt  tg agas muar. masa ni da jam 11..nak menantikan jam 12 (gara2 nk mkn GCB MCD)..
masa dlm kereta sakitnya 15 minit sekali...leh tahan lg... kul 12 kitaorg g beli MCD.. masa ni nak jalan dr kereta ke MCD sngt x larat..suh husband tapaw je.. mkn dlm kete..perghhh sedap betol... sebiji GCB n 1 french fries habis aku mkn...
abesje mkn dlm kete smbil husband aku drive...aku pun ckp..okeh..da bole check in spital..haha ( laki aku hangin je..da kenyang bru nk p ek)

jam 1 ptg..

terus g check in kaunter pendaftaran kt wab bersalin..
nurse : ..tanda apa kuar?
aku: jwb darah n lendir
nurse : dr kul bape sakit?
aku : 4 pagi
nurse : owh..lmbt lg ni..nak check ke nk blk dlu..awak duk pagoh jauh ni..
aku : tanpa pikir panjang terus jawab..check dlu la apa2 hal....
(dlm ati kot lama lg leh aku balik umah baring2)
nurse : ok..masuk la kita check jalan dlu.,,

dlm 1/2 jam screening jantung baby..masa ni perut aku da sakit 10 minit sekali..

then, doctor pun dtg nk check jalan..eh..da 5 ni..nak ke 6 tp lom lg..masuk air kt tngn pulak
time ni dlm hati.alhamdulillah....cepat jgk..
terus kene tolak masuk ke labour room 12...
serius..hospital muar nyer wad bersalin sngt ok..besar..aman je aku rasa...hihi...
apa lg..aku dikerjakan doctor..
pecahkan air ketuban...
jantung baby still cntinue reading..
sakit da makin kerap..5 minit skali..smpi da xleh tahan..
yg neman nurse pelatih ..smbil tngk jntung baby dia gosok2 kaki n pewot aku..lega skit..
aku ingt lg nama dia Farahim,.,,
las aku ckp kt dia dik.,..akak rasa nak teran.dia terus keluar dr bilik panggil nurse lelain bgtau aku nk teran,.
apa lagi menjujus2 org dtg masuk.kangkang..kangkang..bukak kaki..bukakk...
(haru biru sekejap haha...)
sambil nahan nak kangkang n teran..ttba laki aku panggil.mama...mama..bukak mata...
masa ni best skit..(da mula nak mengada2 la tu,haha)
dia usap pala aku pastu tlg angkat kepala aku (tu pun nurse pesan kan abah)
haha..kali ni mmg laki aku memainkn peranannya sbg peneman bersalin..
aku ingt 3-6 kali dia tlg angkatkan kepala aku bila time nak meneran..
dngn 2kali nafas..5kali teran..da kuar..masa nk tarik nafas ke 2 aku siap ckp kt nurse...kejap2..
mau x aku kata kejap..nafas aku da putus dia suh push lg..push lg..aku pun ckp..kejap2..
haha..dlm 5 scond dtg gesa baby..aku pun teran..
setelh berhempas pulas... jam 4.01 kuarla baby aku tu..lega...
time i aku ingt check iin kul 1..kuarnyer kul 4..
budak pelatih tu ckp kt aku..cepat akak bersalin kak...aku senyum je..Alhamdulillah...

lepas tu aku dijahit... yg aku ingt jahit luar dlm 4-5 jahitan ...dalamnye aku x pasti lak..

doctor pun x ckp..
lepas jahit..doctor lelaki dtg nak tngk darah beku pulak.,.(ni yg aku nyampah ni)
dlm masa sama doctor yg jahitkn aku dtg jengah..aku terus ckp tu..doctor pmpuan ada..
masa ni nurse pmpuan ngah check tekanan darah aku..dia terus ckp kuat2... ha..patient nak doctor aishah...ni bukan sy ckp..patient yg ckp...
hihi..lega...doctor lelaki tu terus belah....selesai masalah aku...
tq nurse..

dlm kul 5 lebih aku di tolak ke wad  bersama baby, Alhamdulillah..baby n aku sehat masa ni..


Lepas tanggungan wajib aku ni...

ada kelapangan aku citer lak pasal baby baru..

Ops...lupa lak..

Baby : Perempuan
Berat : 3.3kg


21 October 2013

Masa Subur Wanita Cara Nak Tahunya dan Tip Mendapat Anak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

firstly terima kasih kt  http://www.myukhuwwah.com  sharing info ni..sejak² ni ttba aku excited kt info² maternity ni.huahuahua...
actually, kenala selak² info yg da lama ku tinggalkan ini. :-) purposely for new BB la kan..
ha, setelah 4 tahun aku tinggalkn  info ni.haha....konon...

here, info yg dapat ku cedok.harap halal ye tuan tanah..Sharing is caring kan..

"Sebagai wanita saya faham perasaan teman-teman
yang telah bergelar isteri, pasti inginkan anak dari perkahwinan yang
dibina. Namun, bercakap soal anak, ia adalah ketentuan dan rezeki
daripada Allah SWT. Pasti ada hikmah atas sesuatu ujian yang Allah
berikan kepada hambaNya yang beriman. InshaAllah.
Bagi pasangan yang mempunyai anak-anak pun, masing-masing ada ujian dan
dugannya juga. Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya
sebahagian dari
ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya.
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di
akhirat.
Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh
zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan
perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku
itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Renungilah kisah Nabi Zakaria di dalam AlQuran, walaupun usianya
telah tua dan isterinya pula mandul tetapi atas berkat usaha, ikhtiar
dan berdoa akhirnya ALLAH SWT telah kurniakan anak untuk mereka berdua.
Sebenarnya ada banyak cara untuk kita berusaha agar hamil. Dan semuanya bukan
senang..Kita kena banyak sabar.Memang sabar itu pahit dan payah, namun
sebagai hambaNya, kita perlu sentaisa suburkan rasa sabar ini.
Kalau kita dah usaha, dah doa tapi Allah belum izinkan kita punyai zuriat,
sabar dan redha adalah jalan terbaik. Pasti ada hikmah di sebalik ujian
yang pahit ini. Allah pasti tahu apa yang terbaik buat kita.
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat
bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka
kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan.
Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan
ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Kadang-kadang apa yang kita nak, kita dapat dengan mudah di dunia ni.Kadang-kala
benda yang kita tak mahu, itulah yang kita dapat di dunia ni. Kedua-dua
situasi ini, sebagai seorang islam, kita perlu hadapai dengan sabar dan
redha serta syukur.
Hikmah tu kadang kita tak tahu masa
hidup di dunia ini. kadang kala bila kita dah kembali pada Allah
barulah kita tahu apa hikmahnya.
TIP DIPERMUDAHKAN MENDAPAT ZURIATDalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.1) Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa sentiasa kepada Allah SWT.
Allah SWT itu mengerti dan memhami bahasa yang digunakan oleh hambaNya yang
berdoa kepadaNya. Bukankah doa itu senjata orang mukmin?
Daripada Syaidina Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Doa adalah
senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit
dan bumi.(HR Hakim)
Mari kita lihat Kisah Nabi Zakariya yang memohon doa pada Allah agar dikurniakan zuriat:A
yat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau
sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan
daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua
sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi
Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung
zuriatnya.
Jika kita berdoa dalam Bahasa Melayu pun tidak
mengapa. Maka, memohon doa ini bukannya hanya dalam bahasa arab bahkan yang
paling menyerap adalah dalam bahasa kita sendiri kerana Allah SWT Maha
Mengetahui setiap sesuatu kebiasaanya apa-apa saja yang kita terlintas
di hati dan kita ada idea atau ilham untuk memanjatkan doa, rasakan
seolah-olah anda sentiasa bersama Allah SWT setiap masa,
berkomunikasilah dengan walapun di dalam hati setiap masa dan di mana
saja.
Berdoalah dengan penuh yakin, mintalah dari Allah sesuai
keyakinanmu akan kekuasaanNya. Percayalah bahawa Ia Maha Kuasa atas
segala-galanya.
Namun, adab berdoa mestilah kita jaga. Janganlah
berdoa tanpa adab. Macam kita nak jumpa pembesar kan, kita aada
tatacara nak jumpa pembeesar. Apatah lagi ini kita nak berdoa, nak mohon
hajat kepada Tuhan Penguasa Alam Semesta, Tuhan yang Maha Esa, Allah
SWT.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah
dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut.
Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat
kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
2) TAHU WAKTU SUBUR WANITA ISTERI
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Kenapa kena tahu?
Sebab pada waktu subur
ni la ovari kita akan keluarkan telur untuk disenyawakan dengan benih
lelaki. Jadi faedah kita ni sebagai wanita tahu waktu subur secara umumnya ada 2 sebab:
Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.BILA WAKTU SUBUR NI?Biasanya Waktu subur adalah HARI KE-14 SEBELUM Hari pertama kedatangan haid bulan yang seterusnya. 1ST DAY PERIOD BULAN YANG SETERUSNYA.
Setelah anda faham kitaran haid yang DITERANGKAN DI BAWAH, waktu yang terbaik untuk
bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana
ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum
hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk
mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah
timbulnya masalah mengira waktu subur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu
dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat
adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan
yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan
(setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama
3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum
waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk
telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu,untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau
siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15,
16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya
period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah
pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa
bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur
adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MARI KITA FAHAMI FASA KITARAN HAID KITA Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah
haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia
adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia
perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk
mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di
dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen
meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding
rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,
telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.
Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan
mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur
ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.
Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke
rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur
dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron
dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding
rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada
persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah
celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika
terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing
wanita.

3) JAGA EMOSI
Ramai orang yang saya jumpa beritahu antara tip supaya mudah hamil ialah
wanita itu mestilah bukan berada di bawah tekanan yang melampau atau
kerja yang banyak sampai tak cukup tidur waktu malam.
Contohnya,
Jika kita lihat orang bawah kita atau kawan kita tu tiada anak,
janganlah pula asyik dia je yang nak kena buat tugasan seperti bawa
balik data tertentu untuk ditaip balik dalam komputer semasa dia nak
balik rumah yang mana kerja tu dia terpaksa bersengkang mata waktu
malam. kalau sekali dua mungkin boleh lagi tapi kalau asyik-asyik dia
je, kasihan dia.
Menjaga emosi
sangat penting kalau
mahu hamil. Kalau setiap hari asyik berada di bawah tekanan je memang
susah la nak lekat. Atau dah lekat, lepas tu kita dirundung dukacita dan
eksedihan melampau, 'bayi' yang baru nak lekat tu, boleh keguguran.jadi, Eloknya kita kena tenang terutama dalam zon subur ...jangan terlalu stress. 
4) AMALAN PEMAKANAN
   1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
   2. Buah Delima
   3. Buah Zaitun
   4. Buah Kurma
5). Jauhkan dan cubalah elakkan dan berpantanglah dari memakan makanan
yang masam, nanas, minuman bergas. Ringkasnya makanan dan minuman
berasid elakkan.
Rajinlah mengambil makanan laut, ambil makanan tambahan supplements. Salah
satunya spirulina halal muslim. Ambil secara tetap setiap hari. Rajinlah makan
sayur dan buah² buahan. Manakala di pihak suami banyak makan berasid seperti daging dan ayam.

6). Jangan minum ais dan minum air kelapa5) AMALAN CADANGAN DI PIHAK SUAMI1) 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli )setiap awal pagi.

2) Buat senaman batin tiap kali bangun tidur pada waktu pagi
6) TEKNIK BERSAMA
Teknik ni kena cari sendiri lah ye. Cuma nak kongsi satu je,.lepas "bersama", jangan basuh miss
V dulu. Tunggu dalam setengah jam (dalam keadaan baring terlentang).
7)PEMAKANAN TAMBAHAN HERBA           1)Ada beberapa pasangan yang berjaya hamil setelah si suami mengambil Qaseh Kekanda dan isteri mengambil Qaseh Adinda.
           2) Susu Kambing Al Khishbun


8)UJIAN KESIHATAN
 Berjumpa doktor...
Petua oleh Dr. Mohd Ismail Tambi dari http://www.timang.org/Kehamilan.htmUNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani
tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan
badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada
perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali
kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga
menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani!
Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani
ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang
akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan
selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan
ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi
ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung
faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu
subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa
keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah
petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas
kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar
wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak
bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat
pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa
resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.
ALLAH ALWAYS BE THERE
Kepada wanita-wanita di luar sana yang belum lagi dikurniakan zuriat, jangan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.
USAH
SEKALI STRESS. Berdasarkan pengalaman saya dalam sesi kaunseling dan
kerjaya sebelum ini, saya dapati Jika wanita itu ada masalah seperti
stres, atau tugasan yang terlampau banyak diberikan kepadanya, wanita
tersebut mungkin lambat hamil.
Jangan fikirkan sangat tentang masalah yang dihadapi. Cekalkan hati.
Tujuan
hidup berkahwin bukan hanya untuk dapatkan zuriat. Ada banyak benda lain
yang perlu dilakukan. Yang pentingnya dapatkan rawatan sama ada cara
tradisional ataupun moden. Tetapi, jangan sesekali lakukan rawatan
sendiri kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri.
Jika mengambil
ubatan herba atau jamu, pastikan kebersihannya terjamin agar tidak
timbul penyakit lain pula.

Jakarta Bandung 2013

Alhamdulillah..
akhirnya...sakit telinga semakin baik.50-50 nk joint trip kali ni. last decision pergi jugak. pasal kesian kt husband nk teman kakak n anak² sedara lak..x smpi hati dibuatnya... n now aku da 4bln peknen.

Entry yg x bape nk details.gambar pun xde.xsmpt lg nk save kt hard disk..
sesampai je kt Jakarta jam 4 pm waktu Indonesia..gitu gini kuar amek laugage jam 5. pak supir da tunggu..terus g solat..
bgtau pak supir jam 8.30 nanti mau dtg semula ke sini..ada jemputan yang harus di jemput. sementara nk tunggu tu kitaorg ke Thamrin city. pak supir ni mmg nak pedajal kitaorg. dibawanya jalan yg jem nk ke TC.ermm ada aku kesah? setahu aku ada je jalan lain..saje sbb awal2 dia kabarkan jalannya macet..tp aku ttp nak g gak. buat ape aku tunggu 3-4 jam kt airport ni. baik aku jenajalan...smpi TC bnyk yg da tutup. nk mkn kt D cost pun da tutup. lantak la. beli apa2 patut. Simpati..kasut still sempat lg rembat ok. haa...pastu terus ke airport jemput anak sedara aku yg flightnye delay...

Sampai je budak² tu terus kitaorg je Bandung.taklukan seterusnya.  sampai jam 1 pagi.. check in kt Patradisa Hotel. haha ada kawan aku kata tmpt ni ala² scary skit. gelap mcm tmpt hantu. ekceli dia tersorok skit. tp depan bilik ada la garden skit².. da penat..1 bilik Rp 250K.tambah 1 bed Rp30k. okla..nak tdo je kan. mcm bilik aku ok je. bilik anak menakan aku tu ada sempit skit bila tambah bed. Untuk pengetahuan Rp 30k tu siap bekfes eh.ok la...pagi da janji ngan supir jam 8.30 nxt trip utk ke Tangkuban Perahu..Strawbery Wisata..


16 May 2013

Sakit telinda 2nd entry

Alhamdulillah..
Sakit telinga da bnyk berkurangan. rasa sakit selepas suction tu pun da hilang.syukur...cuma sesekali tu perasaan dtg..eh telinga aku sebu la.. apapun skrg ni mmg da lega bnyk.Alhamdulillah.. batuk da hilang..selsema da kurang.cuma hidung ni je.sebelah ok..sebelah tersumbat.mcm tu la selalu. xtau nape...Skrg ni pantau anak² plak yang kene batuk berkahak. ubat da nak abes.baik Nye x lg..cian nina ngan adam....nk buat mcm mana eh nk kasi baik cepat...maklumla..patutnya kami 4 beranak ni g makan angin ke bandung Indonesia..lg 2 ari je lg..Mama..wallahualam.xtau pegi ke x..yg cnfirm pegi abah n nina shj.yang lelain makteh lina,kak huda, kak alem, kak awa n erin je..tu yg cnfirm p. klu mama x p, xtau la diaorg mcm mane perasaannya..mama pun serba salah...InsyaAllah..diizinkan Allah mama g la..apa pun mama sntiasa berdoa....Yang penting sekarang, amanina n adam kene sehat..xlupa Abah..Mama sntiasa mendoakan kita sekeluarga sehat.....Amin...
 
so, p ke x trip kali ni setelah cncel Vietnam awal Mei aritu, kita tunggu je la ye next entry...
 
Kali ni aku lebih sehat berbanding dengan seminggu lepas..Alhamdulillah...Nak buat keje pun berselera.nk mkn pun bru ada selera..syukur..
Kandungan baby masuk ke minggu 15 arini..Semuga baby ni sihat Ya Allah...permudahkan urusan sepanjang mengandungkannya da melahirkannya nnti..Kurangkanlah kesakitan semasa melahirkannya Ya Allah...
 
Ni maklumat yang d google pg ni...

Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara.

Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian
ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan.

Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila
bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama 'gerakan pertama' di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam.


• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan.

 oo baby da buleh tau jantinanya..xpela..mama x kisah boy or girl..mama terima je sayang.yang penting baby mama sehat...cuma mama kene bersedia dr segi mental dan fizikal...selepas terjumpa  1 ayat azimat dr pengasas Mab(Maajun Anggun Bistari)..kata² dr cikgu beliau ...

'jika kita nak anak kita lahir sbg anak yg baik KITA sbg ibu/bapa perlu berakhlak baik 20 thn sebelum anak kita d lahirkan'

MasyaAllah..bersediakah mama dr 20 tahun dahulu :-( ..Ayat ni mmg buat mama terkesima...terkesima...

09 May 2013

Sakit telinga????

Tu semua Izin Allah..
Aku x bape nak sehat..lepas kene batuk kat sebulan...dlm masa sama kene pulak sesema dkt 3-4 minggu.. Ya Allah... dalam 1st trimester sngt banyak dugaan..rasanya kene sakit telinga hujung bulan 4. 29hb april sngt x tahan. telinga da sebu. bila bercakap berdenggung.. nk mkn pun x selesa.bila check kt klinik dlm seminggu berat turun 2.5kg..(mcm x caya).napalah telinga aku ni. Bila checkup kt klinik bgtau telinga sebu, ooo...biasa tu. panas. lain mcm panasnye ni.bgtau doc. dia senyum je....ati da mula x sedap. haisshh....diri sndiri yg rasa kan... 30/4 patutnya minum air gula(MGTT) hoo...im sorry, nurse sy nak postpone... sy x tahan.. kang x pasal2 aku x stabil, mau fengsan.. ok la..kita bagi 8hb may.. its ok.klu sy sehat sy buat yer.. fuhhh, petang tu jg jugak p klinik swasta..check telinga ni...p klinik amal kt telok mas Melaka. sngt jauh. My sis kata kat situ ada vacuum.. ok...kita p situ.. doc vacuum.. memula kata wax..da vacumm kuar sikit je wax.. ehh. sy rasa Otitis Media la..apa benda tu.. dia pun tunjuk la gmbar jenis otitis media tu.gerun kejap. balik dr klinik sevey la symptom2 penyakit tu n gambar2 nya... adoi ...Besar betul dugaan ni..nak tau lg lanjut penyakit ni guggle la ....makcik pun x tau nak terang guane..
Doc tu bagi ubat antibiotic for pregnant..dua ari mkn xde perubahan.. lagi x selesa...nk bercakap pun xde mood.. Ya Allah.....ngan anak2 ckp penting2 je..Masa ni baru la tahu betapa nikmatnya hidup dengan sehat...(ada hikmah disebalik sakit telinga ni gaknya)

copy pakcik google...korang tngk la ye..makcik pun nk terang x geti.

trip ke Vietnam 1hb~3hb Mei 2013 dibatalkan.. booking tix around RM500 utk 2 org. Ambil langkah selamat cancel trip ni. 1 hb mei hari buruh. duk umah dendiam.. so ari khamis 2 hb, pujuk husband.. tlg bwakkan ke ENT klinik kt hospital Pantai Melaka.. kul 12 amek Amanina dr school terus p klinik.
smpi klinik dalam 1.10.. selamat.Doc ada. klu lmbt skit da tentu kene tunggu kan jam 2.30...
Aku g klinik ni...


Masuk je, eh...nama mcm India..tp klinik design Cina habis.Belasah je la jnji ENT klinik.Masuk bilik doctor...eh..Melayu pulak...kulit doc ni mcm melayu. xde gupe india lansung.tp nama ala2 india... xkesah la.apa pun.. yg penting jmpe doctor ye..sy da x tahan ni...
Doc, telinga sy belah kanan sebu..sy x berapa nk dengar..bila bercakap rasa berdenggung..kiri pun ada juga tp boleh dengar lg...sebelum ni sy batuk n selsema....
OO..ok..xpe..mari sy tngk dlu..di sumbat Nye teropong telinga tu belah kiri..oo ada sikit masalah.. belah kanan pulak teropong. belah kanan lg teruk dr kiri. xpe sy buat belah kanan. ini sebenarnya x teruk.cuma cecair dr selsema x keluar betul.salah saluran..so menyumbatkan telinga awak..jangan risau..nothing serius..cuma sy tngk  kanan lg worst dr kiri..tahan skit yer..sy nak suction belah kanan..

Fuhh....xdapat nk bayangkan mcm mana punya kecut...seram..takut..tp pikir nak baik je..redha kan je la..bunyi yg sngat bising..tahan ye..sakit sikit...berhenti sekali..suh tahan pastu buat lg..x smpi 5 minit da siap..macam mana? rasa lega...ermmmm lega dr tadi.. eh doc.. memang rasa sakit ke..iya..sakit sikit. tapi x lama....mudah² an..dibekalkan ubat titis pada hidung..antibiotic n ada 3 lg jenis pil...semuanya RM85..
Da kuar tertnya² napa doc ni x buat belah kiri.kiri sakit jugak..................
da 3 ari mkn ubat rasa telinga kiri da ok.tp x barapa nk ok sngt...ada masa² dtg jugak sebunya. mcm tu jugak ngak telinga kanan..sekarang da 7 ari. klu x ok lg, tngk mcm mana.ari sabtu p lg klinik ENT tu tnye..napa telinga sy x sperti sedia kala..symptom skrg ni on off on off adakah normal????tp, klu bg ubat Ya Allah, mmg x sanggup nk mkn da.. Ya Allah sehat kan la aku ....Sehatkan la bayi dalam kandunganku....

Now,Amanina da start batuk²   n selsema..berjangkit punya pasal.. Ya Allah sehatkan lah Anak² ku.. kesian dia. nk bagi dia buang kahak tu pujuk kemain..tlg buang eh syang....kakak batuk kuat sikit then g toilet buang.. ada masa dia buat..ada masa x layan.. cian dia. takut plak kene broncuspasam mcm last year.. sngt berjaga² ngan anak dara ni.. da la this week dia ada exam..1st day exam petang dia da ckp sakit gigi..layan je..mlm mse nk tdo bgtau sakit lagi. tahan ye sayang. esok kita g klinik pulak... esok pas exam bw dia g private klinik.semua doc xde ok.g berkursus..pujuk dia lagi. kakak tahan x..doctor semua xde..boleh mama,nina tahan.....lega rasa... sayang anak mama...mama leh tarik nafas panjang skit...tp dlm ati slalu berdoa,jangan la dia sakit tengah malam...

11 January 2013

Ho Chi Minh Vietnam 2013

Pembuka tirai 2013..
kembara bersama AA..haha...perasan..
tapi betol o..x caye tngk ni...


dlm flight dok belek magazine, tu dia..

tngk, laki aku da lapo.xpenah dlm flight dia nk mkn..kali ni dia mcm terliur je tngk n.lemak pak nasser yg aku oder..try offer,eh..nak rupenye..cian.sorry ye bang, i oder 1 je..so kita share² ek.balik nnt i oder 2 set..mkn puas²

flight kitaorg jam 6.50pm 5 January 2013
perjalanan dalam 1jam 50 minit.arround 7.45pm smpi Tan Soo Nat airport.
cantik airport nye brbanding lcct :-) hihi..international kan.mesti la...
kitaorg x check in laugage,so terus ke kaunter imi..
smntara beratur nk cop pasport aku ni dok posing la bagai amek gmbr,
japlg peg. imi tu jerit..ooiiikkk....o mak kau...tekejut anje..
automatik aku ni sorry2...takut punye pasal...
 bukti aku da sampi ni..hahaa...

sblm trun flight da jnji ngan ada couple tu naik cab sesame utk ke hotel.USD10
sbb hotel sbelah2 je..untung2 leh jimat lg..jimat skit...
amek la saigon air taxi..amek kt kaunter dlm airport.takut nk amek kt luar kot lg mahal.
sbb ada blogger sblm ni bgtau better amek taxi kt kaunter airport utk selamat..
mse tu bru terhegeh2 nk tukar dong..mmg da decide nk tukar kt HCM je.tukar la RM100..
utk byr taxi.last2 couple tu bgtau byr pakai USD..erm..thanks ye teman..15USD je..

smpi hotel mmg da booked than thu hotel..
bellboy da tunggu nk angktkn beg.hehe
checkin,usd25 semalam.booked for 3 days..+ iron baju 20k dong...
tu seme byr mase nak check out..
ingin dimaklumkn pasport kebiasaannya hotel akan simpan.its more better klu kita yg simpan..
maklumla mcm2 leh jadi kan...

masuk bilik..tu dia 10 floor..lift last 9 floor.menapak skit
(tu seme gara2 aku nk bilik ada tingkap bagai sbb en abgku itu smoker)
xkesah la jnji selamat..



 laki aku nye kije la ni..x pasal2 dia suh aku jd model spnjg kt Vietnam ni...hadoiiiii

lepas bristirehat apa yg patut, jap lg kitaorg kuar bilik.pusing2 night market..xberani nk beli.pusing2 je..
da pusing2,nk balik hotel p la ngeteh kejap.jmpe la sorang ni yg slalu borong kt sini.
dia pun advise la kt kitaorg mcm2.n dia nk  tunjukkn kdai yg selalu dia borong..
mse ni suka jgk ..buat pedoman..kan.jasamu dikenang..
kt nite market ingtkn kopi tu murah da, sbb org rekemen kan.beli la sekilo kopi..tu dia..usd25
mlm x lena tdo beb..apesal la kopi aku tu mahal nau..ceh,terkena jgk makcik dlm berhati2...
 bersama hasil rembatan malam pertama...yeay...x ingt ape nama kedai ni pulak..yang pastinya soping kat depan2 saigon pink lebih selamat n terjamin :-)

2nd day
mmg plan nk g soping je kt Ben Than Market, Taka Plaza, Saigon square..sbb x booked ape ngan TA nk ke Chu Chi Tunnel ngan Mekong River...ingt 3rd day bru nak g..
ha amek ko..da shopping x hengat dunia...apa lagi..trip ke ChuChi Tunnel ngan Mekong terpaksa dibatalkn.sebabnye kitaorg nak ke Bin Thay Market lak for 3rd day tu..
apepun shopping kt Ben Than mmg la kene sngt berwaspada.harga yg diletakkan agak x munasabah.lg2 kt pasar malam dia..so be alert la kt situ..

3rd day
destinasi seterusnya ke Bin thay Market..mmg plan nk naek bus.di maklumkn bus no 1 ye..
naik kt depan ben than tu..memula x tau jgk.depan ke belakang ni nk tunggu bus..tunggu punya tunggu nmpk la bus no 1..ha cepat2 jalan ke busstop yg depan..ada jgk malay group ngah que..dia pun tegur nk g binh thay ke..aah..dgn x malunye aku ckp, leh la ikot korang ek.sbb depa da p kali ke 2 ke bin thay utk 1 trip ke HCM ni..haha..lega da dlm ati..follow je adik2 tu..
kt sane dia pun tunjuk la kedai2 yg sepatutnya..mmg betul.Danny Shop.leh speaking..biz family..nk mintak kurang pun senang...dia siap panggil tailor utk jahit baju jubah aku tu.dia ckp tailor nak harga ni..xleh kurang.tp dia bg kurang kt harga baju dia..xkesah la ape2 la danny oii janji aku nk murah...hehe
pilih kain jam 12..yang da siap jahit akan smpi kt hotel jam 11 mlm..yes..mmg smpi kain tu....tp serius aku x minat sngt...kenapa? xtahu la..instict aku dr pilih kain tu mmg x bape nk berkenan...

ptg kitaorg naik cab ke Post Office..naik vinasun kene 33k dong..murah kan..driver tu pun leh speaking.dia ckp sblm ni dia penah tinggal kt msia.kt tganu kita...oo patut la can speak english ...dia pndi ckp english pun dr tourist msia katanya..hahaha...apa2 la labu jnji aku selamat smpi kt post office ni dgn selamat n murah...
mmg cntik building tu.almost more than 200 y.church tu pun cntik buildingnye..siap beli lg fm ngan keychain.beli kt post office lg murah ..ada 10pcs baru 90k /80k.harga da standard seal punye..xjejak pun 100k.klu kt dlm benthan..amek ko..120-150k...sngt x munasabah...











 depan post office yg masih beroperasi ok..

bangunan yg masih lg cntik kesenianye.

cntik kan view dlm post office ni...
pas post office,kitaorg decide jln kaki ke hotel.sambil tngk keadaan sekeliling..mmg best..saigon town..fuhh mmg cantik.modern..coach, gucci, LV,milano..ape xde..aku je x beli.hahaha..parkson also.konon nk g Hard rock cafe..tp da trlepas skit.leh je nk p.memandangkn da jnji ngan si sara ni jam 7 nk g ke kedai jual batu ruby,topaz.so cpt2 skit jalan..
p taka plaza ngan sara(minah jual kain kt dlm benthan tu)...
dia tunjukkn,sbb baru 2 ari lepas pakwe dia tempah kt situ..
beli la 1 biji batu.RM120..mahal ke x aku pun x tau..belasah je la sebiji..tu pun sbb nk cepat...
pastu balik bilik...
hihi...x berapa nk perasan boutique kt blkg tu..Husbang aku je yg sibuk..tepi mama..tepi skit..x nmpk..hahaha
xpela bang ek,xdpt rembat brg LV dpt brgmbr dpn LV pun jadik la....

sepanjang walk distance kt saigon town ni,kitaorg gunakn gadget ni je..also map yg da siap d print dr Msia.
.( gara2 takut kene paw je kt sane klu naek bukan2 teksi)
asalnye mmg plan nk walk distance je..cuci2 mata.. :-)..mmg puas cuci mata...


4th day
pagi tu sempat masuk lg benthan..beli lg 1 beg sandang..
gara2 soping bnyk sngt..
jam 11am ready back tu malaysia....
alhamdulillah..lepas ke dua2 kastam..

moral of story: akan ke sana lg :-)